in

Kiefli AF3, Fathil Dani, Aripah Damanhuri Drama Impian Laili

IMPIAN LAILI MENYINGKAP KETEKUNAN, KEYAKINAN DAN HARAPAN SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA LAILI.

Mendalami suka duka kehidupan seorang anak kecil bernama Laili yang terhimpit dalam pergolakan kekeluargaan. Begitulah intipati drama bersiri ‘Impian Laili’ yang akan menemui penonton setia RTM1 pada setiap hari kecuali hari Khamis, jam 2.00 petang.
 
‘Impian Laili’ mengetengahkan bakat pelakon kanak-kanak yang berbakat besar dan sedang meningkat naik, Erryne Erynna. Pastinya lakonan mantap si cilik ini bisa menambat hati penonton bagi menyaksikan drama bersiri 26 episod  ini hingga ke penghujungnya. 
 
Drama bersiri terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini menyingkap ketekunan, keyakinan dan harapan murni seorang kanak-kanak bernama Laili yang berdoa sepanjang bulan Ramadhan terutama menjelang 10 malam terakhir agar dua orang abangnya, Taufik dan Salleh yang bermusuhan akan kembali bersatu. Lima tahun dia berdoa tanpa mengenal erti jemu. Dia yakin sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ada satu malam yang disebut ‘Lailatul Qadar’ yang kebaikannya menyamai melakukan kebajikan selama 1000 bulan dan di mana semua doa akan dimakbulkan.

Segalanya bermula apabila Taufik mendapat tahu yang dia bukan anak kandung Musa dan Senah. Cerita tersebut keluar dari mulut Uda (sepupu Musa) yang terlepas cakap kepada Taufik sewaktu memarahinya. Taufik yang merasakan dia tidak berhak ke atas harta Musa. Dalam masa sama dia melihat seorang demi seorang kawannya berhijrah keluar dari kampung untuk mencari kerja. Situasi ini mendorong Taufik untuk membawa diri ke Kuala Lumpur.

Pemergian Taufik telah mencetuskan suasana yang tidak tenang dalam keluarga Musa. Laili begitu merindui Taufik terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri . Musa menjadi bertambah tegas terutama kepada Laili. Salleh yang belajar di asrama penuh sering pulang dan mengakibatkan dia juga dimarah Musa.

Senah yang begitu bimbang dengan keadaan Taufik merasa begitu tertekan setelah Musa tidak mahu mencari Taufik. Senah kemudian diserang demam panas dan meninggal dunia pada malam hari raya. Ini merupakan pertama kali Laili beraya tanpa keadiran ibu serta abangnya.

Kematian Senah merupakan kehilangan besar kepada keluarga Musa. Salleh menyalahkan Taufik yang menyebabkan kematian ibunya. Bermulalah episod persengketaan di antara Taufik dan juga Salleh. Laili pula tidak putus-putus berdoa agar abang sulungnya balik untuk mengembalikan kegembiraan dalam hidup mereka. Dia mahu abangnya memohon ampun dengan bapa mereka.

Termakbulkan doa Laili selama ini ?Apakah persengketaan antara Taufik dan Salleh akan berakhir ? ‘Impian Laili’ dibintangi oleh Errynne Erynna, Fazreen, Kiefli AF3, Fathil Dani, Aznah Hamid, Aripah Damanhuri dan Safaruddin Mazlan.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama ‘Impian Laili’ untuk mengetahui kesudahannya. ‘Impian Laili’ bakal bersiaran setiap hari kecuali hari Jumaat, jam 2.00 petang di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kad Raya, E-kad Aidilfitri, TV Raya, Pelita Raya, Apa Lagi?

Salina Salibi, Elly Mazlein dan Siti Elizad Dalam Puasa Terakhir