Suasana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi meriah apabila seorang pengundi hadir dengan memakai kostum watak adiwira dalam Power Rangers. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di pusat membuang undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang, Sabah.
Kelibat individu berkenaan berjaya dirakam oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pengundi lain, yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial dan aplikasi Whatsapp. Mungkin kerana khuatir dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, lelaki tersebut hadir dengan cara tersendiri. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Keputusan pilihanraya negeri Sabah… Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi, membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.