Khir, 47 dihubungi berkata dia melihat perkara itu sebagai kelebihan kepada golongan selebriti dikenali apabila ada pihak mungkin pada kalangan peminat setia dan fanatik sudi tampil membantu.
“Saya bersangka baik saja dan berharap pihak berkenaan ikhlas tampil mahu membantu kak Ogy menyelesaikan kemelut hutang yang berlaku. Inilah namanya rahmat dan nikmat buat kak Ogy dalam berhadapan ujian ini.
“Apa yang pasti, selepas cerita bayaran ini hangat di media kak Ogy memang ada usaha untuk menyelesaikannya. Dua hari lalu, ada surat daripada peguamnya yang dihantar.
“Kak Ogy kini giat mengumpul kewangan untuk menyelesaikan tuntutan bayaran kepada semua pelakon dan kru produksi teater yang dijangka mahu dilunas sebelum sambutan Aidilfitri ini,”
Menurut Khir, ini bukan pengalaman pertamanya berdepan isu tidak dibayar selepas hasil kerja disiapkan. Ujarnya, sudah banyak kali teater yang dijayakan tidak mendapat bayaran. “Berdasarkan pengalaman tak dapat bayaran yang lalu, saya hanya diamkan diri kerana bukan cara nak brbalah dengan orang untuk menuntut wang milik kita.
“Tapi, sekarang saya bersuara kerana tanggungjawab sebagai pengarah. Apatah lagi, kebanyakan pelakon yang terbabit untuk teater itu sanggup buat pun kerana kayakinan pada saya,” katanya. Ditanya mungkin juga disebabkan penularan pandemik Covid- 19 dalam negara ketika ini menjadi sebab kewangan terjejas, Khir berkata dahulu tak ada kemunculan wabak pun, tetap sahaja penerbit lari dan tidak lunaskan bayaran.
Apapun, katanya dengan isu bayaran tertunggak teater Korupsi Dewan Semandung ini akan membuka mata kepada golongan penerbit dan memberi pengajaran supaya tidak lari daripada menulaskan hutang Teater Korupsi Dewan Semandung dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dengan barisan pelakon seperti Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Syura Badron, Douglas Lim, Man Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.
Apupun, kini terdapat perkongsian dibuat seorang individu berkaitan kempen jualan pes kari hasil air tangan kak Ogy yang berharga RM28 termasuk kos pos. Kempen jualan pes kari seberat 400 gram dengan harga RM20 termasuk kos pos RM8 itu bertujuan untuk membantu Ogy mengumpul kewangan bagi melunaskan semua kesulitan pembayaran kepada pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung terbitannya.
Sumber: Harian Metro