in , ,

KHATULISTIWA UNTUK HARI MALAYSIA Kolaborasi Pitahati & Ito Blues Gang

“Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban… Bersatu HatI!” Itulah bait-bait yang diperbaharui dalam pembikinan semula lagu Khatulistiwa versi baru ini. Pitahati & Ito Blues Gang telah bersepakat untuk melahirkan sebuah karya berjudul KHATULISTIWA UNTUK HARI MALAYSIA bersempena dengan Hari Malaysia. Hasil kolaborasi dua generasi rock ini pastinya mengembalikan nostalgia peminat muzik! Dengar dan hayatinya!

Ilham yang merupakan penulis lirik utama didalam Pitahati bersama-sama mencapai persetujuan Pak Ito dalam beberapa gubahan pada lirik dan lagu. Sudah menjadi antara lagu kegemaran Pitahati dan Ito, sesi jamming dan rakaman kali ini tidak mengambil masa yang lama dan mereka serasi bekerjasama dengan berbekalkan semangat yang sama yang mana mempunyai impian menyatu padukan masyarakat dengan seni muzik.

“Waktu kita cover sebelum ni pun kita tak nak hilangkan keaslian rasa tu, dan itulah yang paling penting, lagu cover ni kalau banyak perubahan ia akan membuatkan lagu itu akan hilang rasanya yang tersendiri,”

– Pitahati
KHATULISTIWA UNTUK HARI MALAYSIA Pitahati & Ito Blues Gang

“Pitahati dan saya bersetuju untuk mengubah part Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban, bersatu hati… ia lebih sempurna”,

Ito Blues Gang.

Hari Malaysia dipilih sebagai satu tarikh untuk mempersembahkan rilisan terbaru hasil kolaborasi dua generasi rock tanah air iaitu PITAHATI & ITO BLUES GANG. Lagu Khatulistiwa adalah sebuah lagu dari kugiran lagenda “rock blues” tanah air iaitu Blues Gang yang telahpun dikenali ramai sedari tahun 1983. Lagu yang pernah menjadi kontroversi ini suatu ketika dahulu kini disusun kembali muzik dan liriknya mengikut peredaran masa dan zaman. 

Bermula dengan mengumpulkan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya PITAHATI sehingga mereka terdetik untuk menjadikan lagu Blues Gang ini sebagai sebuah lagu “cover” pada persembahan-persembahan mereka.

Tidak terjangka lagu ini masih evergreen yang mana selepas itu sering menjadi permintaan dan bualan peminat-peminat PITAHATI sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk membuat sebuah video music hasil kolaborasi pihak syarikat rakaman Luncai Emas dan Siakap Keli beberapa tahun lalu.

Nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan majis apabila pada tahun ini sekali lagi  diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh. 

“Mula-mula sekali kita cover lagu ni bersempena dengan hari Merdeka”, Hidayat Pitahati

“Ini adalah satu kesempatan buat Pitahati untuk memberi penghormatana pada Blues Gang”, Ilham Pitahati 

 “Semasa kami sedang memilih lagu ni kita cuba-cuba cari lagu ala-ala “county road” tapi versi Malaysia dan lagu Khatulistiwa ni adalah yang paling tepat”, Ilyas Jamil STAROBW

“Kami memilih lagu Khatulistiwa ni untuk alumni STAROBA 2021 sebagai tema Road Tour OBW yang akan menggegarkan dan berjalan 14 negeri Malaysia, tetapi disebabkan kekangan Covid-19 ini ianya akan dititangguhkan buat sementara waktu’, Nazmir STAROBW

KHATULISTIWA UNTUK HARI MALAYSIA Pitahati & Ito Blues Gang

Pengambaran MV Khatulistiwa, di Ipoh.

Penggambaran yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum membawa Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 hari itu membawa mereka ke kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

Perjalanan ini amat bermakna apabila memperlihatkan 2 generasi yang berbeza (Pitahati & Ito Blues Gang) bekerjasama dengan penuh komitmen. Selain bekerja, Ito juga tidak kering mencurahkan nasihat dan pengalaman kepada semua. 

“Aku suka melihat lagu-lagu lama diangkat dan diberi nafas baru, dan aku suka tengok anak-anak muda guna cara ini untuk study dan mendekati orang lama, barulah industry akan lebih bervariasi”, Keon Omar, Pengurus Produksi Luncai Emas Sdn Bhd

“Pitahati & Pak Ito Blues Gang sebuah kolaborasi yang serasi’, Rahman Saharddin, Pengurus Pitahati.

Seluruh penggambaran berlangsung dengan lancar hasil kerjasama teman-teman seperjuangan Ipoh yang lain iaitu Bittersweet, Lokein Ipoh, dan keluarga Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

   “Saya amat berbesar hati dan berharap lagu versi baru  ini boleh memberi semangat buat kali kedua kepada seluruh rakyat Malaysia,”

– Ito Blues Gang

Selain pembuatan lagu Khatulistiwa, Pitahati juga mengambil kesempatan ini menghiasi saluran youtube mereka dengan sesi bual bicara – “Bicara & Susun Kata” dan dari belakang tabir sesi rakaman dan sesi jamming Khatulistiwa versi baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Titip Ucapan Buat Fattah Amin Sempena Hari Lahir Ke-31

“Kalau Aku Tak Shooting Kamu Semua Panas Dekat Mana?” – Rita Rudaini