Pada jam 12 tengahari tadi (21 November 2012), sekalian media telah berkumpul dan tertunmpu seketika di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara bagi mengikuti Sidang Media Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Ms Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
[pullquote align=”right”]Budiey nak ucapkan tahniah buat Apex dan Leuniey. Semoga bahagia berkekalan sampai bila-bila.[/pullquote]
Rupanya ramai yang tertarik untuk cover story wedding penjaga gol kebangsaan yang sangat popular ni. Tengoklah dia kahwin dengan siapa kan. Leuniey Natasha tu. Orangnya sangat cantik, elok dan bergelar jelitawan serta model iklan TV untuk haruman SimplySiti.
Sebelum ini pun, pasangan hangat ini digossipkan di forum dan blog gossip. Sehingga sekarang apa sahaja yang mereka buat, pasti mendapat perhatian. Kalau dah kahwin nanti, lagi ramai mata yang memerhati.
[dropcap]B[/dropcap]udiey ada terbaca komen yang Budiey upload di Instagram semass sampai di majlis ini, rupanya ramai yang tak tahu Apex akan bernikah. Kalaulah sidang medi ni tak diadakan mungkin ada ramai yang tak tahu. Itu yang pentingnya sidang media.
Setiap perkara pasti ada tujuan. Ada yang mencemuh dan tak kurang ada yang mengutuk apabila selebriti adakan majlis sidang media semata-mata untuk mengumumkan majlis nikah.
VIDEO Sidang Media Pengumuman Majlis Nikah Apex & Leuniey
TARIKH KERAMAT 28 DISEMBER
[dropcap]S[/dropcap]eperti yang diumumkan, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha akan bernikah pada 28 Disember 2012 iaitu jatuh pada hari Jumaat, hari yang penuh berkat. Majlis akad nikah duta Brylcreem dan 100Plus ini akan diadakan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey Natasha di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan jam 9 pagi.
Sementara Majlis Persandingan pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012 jam 8 malam dengan konsep Melayu Kontemporari.
Majlis persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaiatu di Kampung Chenang, Kota Bahru, Kelantan bermula jam 1 tengahari dengan bertemakan [highlight]ala kampung[/highlight].
Majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara pada [highlight]13 Januari 2013[/highlight] bermula jam.8 malam dengan memilih konsep English Style.
“Insyallah, saya akan bernikah dengan Leuniey Natasha pada 28 Disember ini dan tiga majlis resepsi akan diadakan untuk pernikahan saya. Dua majlis di Kelantan dan satu majlis di Hotel Royale Bintang.”
“Saya dengan ini mengalu-alukan kedatangan para media untuk buat liputan di majlis kami.”
Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang akan dijemput disebabkan majlis ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja.
Anda boleh mengikuti liputan eksklusif majlis nikah pasangan hot ini d Astro Ria.
[pullquote]Leuniey Natasha tak dapat hadir di sidang akhbar hari ini kerana Leuniey sedang menjalani kursus nikah.[/pullquote]
Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).
Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat Apex. THR Gegar bakal siar interview bersama Apex pada 22 Disember ini.
Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program online istimewa dengan kerjasama [highlight]LH Media TV[/highlight] yang menjadi sinematografi rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut mendapat kerjasama dari [highlight]The Photolicious[/highlight] yang bertindak sebagai fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.
Majlis Nikah Apex & Leuniey Nilai Tajaan Ratusan Ribu
Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Manakala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari[highlight] N Touch Trade and Wedding Gallery Butik [/highlight]milik Leuniey.
Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari [highlight]Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur[/highlight]. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, [highlight]The Royale Bintang Damansara[/highlight] juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.
Videografer perkahwinan, LhmediaTV kali ini katanya sangat berbesar hati sebab diberi kepercayaan untuk menaja ke-empat-empat acara majlis perkahwinan beserta save the date penjaga gol nombor satu negara itu.
Kalau nak dikira dari segi nilai tajaan, rasanya dekat RM70ribu jugak lah yang dilaburkan oleh pihak LhmediaTV dan bekerjasama pula dengan fotografer rasmi iaitu ThePhotolicious.
Sebanyak 15 episod di sebalik tabir majlis ini akan disiarkan yang memaparkan persediaan perkahwinan dan beberapa sesi temubual eksklusif bersama keluarga, kawan-kawan, penyokong dan rakan-rakan selebriti yang akan mengupas tentang percintaan Apex & Leuniey. Sebelum ini, LhmediaTV telah menjayakan beberapa perkahwinan selebriti seperti Nabil Raja Lawak, Farah AF, dan Danny X-Factor.
Congrats Apex & Leuniey. Insyaallah kawe gi majlih demo.