Tanpa berselindung, pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa ikon bola sepak itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21 tahun.
Tahniah Leuniey & Apek. Semoga persiapan berjalan lancar.
Ibu kepada usahawan dan model yang baru berusia 21 tahun ini, Norlaila Abu Bakar, 40, turut mengesahkan pernikahan antara anaknya dengan Apek. Ini adalah jalan terbaik kepada mereka bagi mengelak gosip liar yang sentiasa melanda pasangan bercinta ini.
Dikatakan Apek dan Leuniey sangat tertekan setiap kali dilanda kontroversi mengenai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan ini.
Apa-apa pun, Apek dan Leuniey belum memutuskan lagi tarikh majlis akad nikah mereka.
“Mereka akan bernikah tanpa mengikat tali pertunangan demi mengelakkan gossip liar yang melanda sebelum ini. Bagi saya, ia jalan terbaik supaya tidak lagi timbul gosip liar yang kurang disenangi dan diharapkan majlis yang dijangka berlangsung Disember ini berjalan lancar.”
Leuniey dan Apek enggan mengulas lanjut tentang perkara ini dan mereka akan mengadakan sidang media khusus untuk mengumumkan berita baik ini. Namun, perancangan kini sudah hampir 60 peratus siap.
Majlis akan berlangsung di rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat namun masih belum diputuskan. Majlis akan diadakan secara sederhana tapi meriah. Segalanya masih dalam perbincangan dengan keluarga kedua belah pihak.
Bagaimanapun, Mohd Razif atau Razif memohon agar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, diberi ruang dan masa untuk mengulas lebih lanjut tentang berita pernikahan itu.
“Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.
“Bukan niat Apex dan keluarga untuk menyembunyikan berita gembira ini. Cuma, sekarang ini, Apex mahu fokus dengan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
“Saya mewakili Apex, Leuniey dan keluarga kedua-dua individu ini memohon maaf kerana tidak boleh memberikan komen yang lebih terperinci. Apabila waktu yang sesuai tiba, segalanya akan dijelaskan dengan lebih. Doakan yang terbaik dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.”
Pengurus peribadi Apex itu juga pada masa yang sama masih belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini. Sebaliknya, dia berjanji akan mengumumkannya dalam masa terdekat nanti.