in ,

Khai Bahar Artis Jemputan Pentas Halaqah di TV9

Program bual bicara yang telah memenangi Anugerah Program Bual Bicara Terbaik di Anugerah Skrin 2016, Halaqah akan membuka pintunya untuk masyarakat umum buat kali pertama ke sebuah program khas, Pentas Halaqah pada 8 Oktober 2017.

Dihoskan secara langsung oleh Siarawan Hj Ahmad Noor Sulaiman bersama Bintang Ilmuwan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, Pentas Halaqah hanya akan membuka pintunya buat 500 orang penonton sahaja. Selain itu, Pentas Halaqah turut akan dimeriahkan dengan persembahan selingan daripada artis tempatan, Khai Bahar dan gandingan Filsuf (Ahli Fiqir) dan Adib Muhibbain.

Hj. Ahmad Noor Sulaiman

Halaqah telah bersiaran di TV9 selama sembilan tahun dan menggarap 6.4 juta penonton (sumber Nielsen Malaysia) di musim lalu, Halaqah 2016. Berkonsepkan sebuah perbincangan, Dato’ Dr Danial Zainal Abidin akan diajukan soalan-soalan oleh pengacara Hj Ahmad Noor Sulaiman mengenai topik ketika itu.

Dato’ Dr Danial Zainal Abidin pula akan memberikan hujah yang menggabungkan ilmu Al-Quran dan Hadith dengan ilmu logik sains. Hujahnya pula akan disahkan oleh seorang indikator, Ustaz Ahmad Tirmzi Ali dengan membacakan serta menerangkan potongan surah dan hadith yang bersesuaian dengan hujah Dr. Danial.

Di Pentas Halaqah, topik pertama yang akan dibincangkan adalah ‘Bila Dajal Bertanya’ dimana lebih dari 1,400 tahun yang lalu, tanpa dirancang oleh seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Tamim Ar Dari telah bertemu dengan makhluk yang paling ditakuti oleh seluruh umat manusia yang akan muncul pada akhir zaman iaitu Dajal al Masih. Pertemuaan itu terjadi saat kapal yang dinaikinya rosak dan berlabuh di sebuah pulau.

Dalam pertemuan tersebut Dajal al Masih telah bertanyakan beberapa soalan kepada Tamim yang pada ketika itu seorang penganut Kristian. Apakah soalan-soalan tersebut? Topik ‘Bila Dajal Bertanya’ akan dipecahkan kepada tiga kupasan iaitu mengupas maksud pertanyaan Dajal secara terperinci, serta apakah kaitan pertanyaan Dajal itu dengan kehidupan kita saat ini.

Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin

Topik kedua Pentas Halaqah pula iaitu ‘Kuatkah Israel?’ akan membuktikan fakta seluruh umat manusia di dunia saat ini seolah mengakui kehebatan dan kekuatan Israel. Negara yang terbentuk pada tahun 1948 di atas tanah milik umat Islam Palestin itu telah melalui pelbagai tentangan dan krisis berdarah sehingga kini. Namun dengan kemajuan dalam bidang ketenteraan, telekomunikasi, ekonomi, kesihatan, pendidikan, pertanian, teknologi maklumat malah hingga kepada perisikan, seolah kekal kuat di dunia arab. Dengan jumlah rakyatnya yang tidak sampai 10 juta Israel berdiri megah dipentas dunia dan berjaya menundukkan ancaman dari negara-negara Islam. Namun benarkah Israel begitu kuat? Dan sejauhmanakah umat Islam memahami kelemahan Israel?

Selain daripada Hj. Ahmad Noor Sulaiman dan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, mereka turut akan disertai oleh seorang indikator iaitu Ustaz Ahmad Tirmzi Ali. Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin akan memberikan hujah berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh Tuan Hj Ahmad Noor Sulaiman, dan Ustaz Ahmad Tirmzi Ali akan mengukuhkan lagi hujah beliau dengan bacaan ayat Al-Quran atau hadith yang sahih. Stail program yg hidup, olahan yg mudah lagi semasa, serta berlandaskan metodologi yang mengagungkan sumber rujukan Islam yang utama.

Perbincangan Halaqah

Buat para penonton setia Halaqah yang ingin menonton Pentas Halaqah secara langsung boleh dapatkan tiket dengan harga RM50 di lokasi-lokasi berikut. RM50 ini bukan sahaja untuk tiket, malah ia turut merangkumi kupon makanan bernilai RM15, barangan eksklusif TV9 serta sesi beramah mesra bersama Hj. Ahmad Noor Sulaiman, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, dan Ustaz Ahmad Tirmzi Ali.

LOKASI TARIKH MASA
Kaunter Tiket Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam Ahad, 8 Oktober 2017 1 tengah hari – 2 petang
Laman sesawang CJ Wow Shop, www.cjwowshop.com.my Setiap hari sehingga

6 Oktober 2017

Tiada masa tetap

Saksikan Pentas Halaqah secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 8 Oktober 2017, jam 2 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Waty di talian 03-7621 333 (samb: 11244).

MENGENALI BINTANG-BINTANG HALAQAH TV9

HAJI AHMAD NOOR SULAIMAN
(PENERBIT, SIARAWAN PENTAS HALAQAH)
Haji Ahmad Noor Sulaiman, menyertai TV3 pada 1994 sebagai Wartawan Esekutif Penyiaran di Jabatan Berita Dan Ehwal Semasa, juga sebagai Penyampai Berita sebelum ditugaskan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) bersama Allahyarham Aziz Desa, Allahyarham Karim Mohamad, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang serta rakan setugas yang lain.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia penyiaran, selaian bertugas sebagai Wartawan Esekutif Penyiaran beliau pernah menjawat jawatan Penolong Penerbit, Penerbit, Penerbit Kanan dan kini adalah Penerbit Esekutif disamping turut terbabit sebagai penyampaian suara latar pelbagai rancangan khususnya dokumentari.

Sebagai hos pula beliau pernah mengacarakan lebih dari 12 rancangan, ia termasuk rancangan khas seperti hari kebangsaan, pilihanraya umum, pertabalan, kemangkatan sultan dan juga pembesar negara, Laporan Haji TV3 (Laporan Haji kali pertama – 1998), beliau juga salah seorang pengacara rancangan agama popular, Jejak Rasul, Soal Jawab TV3.

Sepanjang bertugas sebagai pengacara Haji Ahmad Noor Sulaiman adalah penerima Anugerah Keterampilan Berbahasa Aras Tinggi, oleh Dewan Bahasa & Pustaka 2006 anugerah ini berdasarkan penilaian kemahiran dan penggunaan Bahasa Malaysia ketika bersiaran. Beliau juga adalah Pengacara Agama Lelaki Terbaik Anugerah Media Islam Malaysia oleh (AMI & Jakim). Pada 2016 rancangan terbitannya Halaqah, memenangi Anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik (Anugerah SKRIN 2016) sekali gus mencatat sejarah sebagai rancangan agama pertama yang memenanginya bagi kategori tersebut.

Kini berusia 48 tahun selaian bertugas sebagai Penerbit rancangan Halaqah, beliau juga siarawan Halaqah dan selama 23 tahun dalam dunia penyiaran beliau berpengalaman luas khususnya sebagai hos rancangan dalam rancangan bual bicara televisyen.

DATO’ DR DANIAL ZAINAL ABIDIN
(BINTANG ILMUWAN)

Beliau pemegang ijazah M.B.Ch.B. tahun 1981 di Universiti Iskandariah bidang perubatan moden dan telah mendalami agama dengan beberapa orang ulama di Mesir.Diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Perlantikan oleh Yang Di Pertuan Agung) dan merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd. dan Pengurus dan Pengamal Perubatan di sebuah Klinik swasta di P. Pinang. Mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri P. Pinang tahun 2011.

Bersama-sama menjayakan Program Halaqah 2016-2017 sebagai Bintang Ilmuwan dan juga pernah mengendalikan program Al Quran menjawab pada tahun 2012.

SIDANG AKHBAR

Mengarang 14 buah buku yang 5 daripadanya merupakan dalam senarai “bestseller” dan juga sebagai penulis Kolumnis ruangan Islam & Sains Majalah-i terbitan Karangkraf. Antara buku karangan beliau:
• ‘Islam The Misunderstood Religion’.
• ‘Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad’. (Bestseller)
• ‘7 Formula Individu Cemerlang’. (Bestseller).
• ‘Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran’. (Bestseller)
• ‘Minda Muslim Super’ terbitan 2008.
• ‘Tuan Bertanya Dr Danial Menjawab’ terbitan 2011.
• ‘The Power of Al-Quran’ 2013.
• ‘Quran Saintifik’ terbitan Mei 2014.
• ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ 2014.
• ‘Menjadi Ulul Albab’ 2015

Beliau bukan sahaja berpengalaman dalam aktiviti dakwah di Malaysia dan dikenali sebagai penceramah yang mengaitkan sains dan Al Quran malah diluar negara juga beliau turut dijemput menyampaikan ceramah antaranya Ceramah Perdana bersempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Menjadi Penceramah Jemputan Program Pelajar di St Louis, Amerika dan banyak lagi.

SIDANG AKHBAR

AHMAD TIRMIZI B. HJ ALI
(INDIKATOR AL-QURAN & HADITH)

Ahmad Tirmizi Ali anak ke 5 dari 12 beradik, berumur 31 tahun merupakan pengasas kepada Akademi Al Quran At Tirmizi di Bukit Jelutung, Shah Alam. Memiliki taraf pendidikan Diploma Tahfiz Al Quran dan Ijazah Sarjana Muda Al Quran di Universiti Al Azhar, Mesir. Mula berkecimpung dalan bidang dakwah di Malaysia sejak 2010 dan merupakan Produk Akademi Al Quran TV9 sebagai Juara Akademi Al Quran musim ke-4.

Bersama menjayakan Program Halaqah TV9 sebagai Indikator yang mengalunkan ayat-ayat Al Quran bersandarkan topik perbincangan selama beberapa musim.

SIDANG AKHBAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

VIDEO: Seronok Tengok Datuk Seri Alif Syukri Test Drive Kereta Hummer