Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus sempana sambutan bulan Merdeka! Kami teruja meruap-ruap untuk memperkenalkan Extra Hot & Spicy baharu untuk waktu terhad, yang membawa ayam Hot & Spicy ikonik kami kepada tahap kepedasan yang lebih tinggi buat rakyat Malaysia yang gemar dengan makanan pedas.Â
Menjanjikan lebih kepedasan & kerangupan daripada Hot & Spicy, Extra Hot & Spicy debut resipi rahsia formulasi baharu.
Ketulan ayam segar diperap dalam resipi perapan berempah baharu, kemudian disaluti dengan campuran tepung berempah baharu – memberikannya lebih kerangupan di luar dan ‘juicy’ di dalam.Â
“Sebagai sebuah jenama yang diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC sentiasa menantikan musim patriotik untuk meraikannya bersama peminat kami dengan melakukan sesuatu yang istimewa.
Kami tahu anda suka ayam Hot & Spicy, jadi kami hangatkan sambutan dengan meningkatkan tahap kepedasannya! Extra Hot & Spicy in sememangnya pedas ngam-ngan, sedap kaw kaw dengan setiap gigitan yang ekstra rangup,”
– Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.Â
Untuk lebih keenakan, KFC Kentang Goncang juga boleh didapatkan buat pertama kali dan sesuai dipadankan dengan Extra Hot & Spicy. Ianya ditampilkan bersama paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur kemudian digoncang bersama kentang anda!
Extra Hot & Spicy akan dilancarkan esok di restoran KFC seluruh negara dengan pelbagai pilihan meluas. Pilih hidangan Kombo 2ketul, 3ketul, atau Box Meal; atau nikmatinya bersama kawan dan keluarga dengan memilih Kombo Bucket 6ketul, 9ketul, atau 12ketul yang turut ada Kentang Goncang. Kentang Goncang juga boleh didapati secara a la carte.
Dapatkanya mudah dan selamat di www.KFC.com.my atau aplikasi KFC Malaysia dengan memilih khidmat KFC Delivery, Self Collect, atau Pandu Ambil.Â