KFC Burger Banjir yang lazat meleleh-leleh ini membawa Zinger Hot & Spicy signature kami kepada suatu teknik kulinari berani dan baharu – dengan menenggelamkannya ke dalam Sos BBQ Salai! Kemudian, dilengkapi dengan lapisan mayonis dan salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan.
“Burger meleleh-leleh dengan sos barbeku yang menyelerakan ini dicipta khas untuk melanggar setiap peraturan dalam etika makan. Lepaskan segalanya dan jangan risau untuk comot dengan KFC Burger Banjir baharu ini! Burger smoky lazat ini pasti memberikan anda nikmat Zinger rangup dengan setiap gigitan comot,”
– Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Boleh didapati secara eksklusif di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada, tak payah tahan meleleh-leleh dengan KFC Burger Banjir baharu yang bakal dilancarkan esok bermula RM12.49 dalam beberapa pilihan: (1) A la Carte, (2) Kombo, (3) Box Meal, dan (4) Kombo Aneka yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan Cheezy Wedges (R).
Dapatkan diskaun 10% apabila anda menggunakan kod promo: BANJIR, ekslusif di KFC Delivery dan aplikasi. Nikmati KFC tanpa risau kerana kami mematuhi piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi mengikut garis panduan dan SOP ketat untuk anda menikmati hidangan-hidangan sedap hingga menjilat jari. Layari www.KFC.com.my.