in , ,

“Kewangan & Tekanan Punca Kepincangan Rumah Tangga,” – Adam Shahz

Melihat ramai rakan selebriti berdepan kepincangan rumah tangga, pelakon Adam Shahz, 42, tidak terkecuali menzahirkan rasa simpati.

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani menasihatkan rakan pelakon membuat persediaan awal mengenai soal kewangan memandangkan pelakon tidak selamanya menerima tawaran kerja.

“Saya tak boleh nak ulas panjang sebab saya antara artis yang terbabit dalam masalah rumah tangga. Jadi, apa yang saya boleh kongsikan supaya rakan-rakan yang berumah tangga menjaga silaturahim antara suami, isteri dan keluarga.

“Sebab kita tahu sekarang mungkin ada yang tertekan, bukan sahaja kerana ‘job’ kurang, tetapi persaingan pun semakin sengit. Dahulu, lepas engkau, engkau lagi. Sekarang lepas dia, dia lagi, begitulah pusingannya.

“Sebagai pelakon memerlukan persediaan secukupnya. Sebab saya nampak ramai melalui proses ini. Ia antara punca keretakan rumah tangga, jadi saya harap rakan-rakan lebih bersedia dengan situasi ini,”

Terdahulu, Adam pernah mendirikan rumah tangga bersama Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

Adam Shahz & Fatin Afifah Selamat Bernikah

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia. Pada 30 Disember lalu, Fatin melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Aliff Awang.

Sementara itu, meraikan Ramadan seorang diri buat kali kelima, Adam mengakui, dia tiada masalah dan bergembira dengan kehidupannya sekarang.

“Saya reda dan tidak rasa apa-apa pun. Selagi kita bersama rakan di sekeliling, insya-Allah ia tidak mengganggu dan menggugat saya.

“Lagipun, sekarang saya fokus menguruskan bufet Ramadan di restoran saya di Hotel Campbell. Disebabkan itu, saya memperlahankan karier lakonan saya buat sementara waktu,” katanya.

Dalam masa sama, Adam turut berkongsi keterujaan dapat bertemu dengan anak perempuannya, Ivy, 7, selepas enam bulan tidak bersua.

ADAM SHAHZ

Kata Adam, dia mengharapkan dapat berjumpa lagi dalam bulan puasa ini.

“Sesiapa jadi emak atau ayah, bila tak jumpa anak sudah tentu terbit kerinduan berbeza. Jadi, bila saya dapat jumpa anak rasa amat bersyukur. Selama ini, saya simpan rasa berat, tetapi bila jumpa, rasa ringan bebanan ini.

“Dan selepas berjumpa anak, saya boleh fokus kerja. Saya dapat jumpa anak pun atas bantuan peguam.

“Saya juga ada usulkan pada peguam untuk berjumpa Ivy lagi dalam Ramadan ini. Tengoklah bagaimana keputusan peguam nanti.

“Anak cakap dia berharap kami dapat jumpa lagi. Insya-Allah,” katanya.

Adam dan Fatin akan melalui prosiding mahkamah berhubung tuntutan hak penjagaan anak pada 17 April depan.

Lanjutan dibuat susulan bantahan difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap Ivy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AFIQ MUIZ

Isteri Dakwa Afiq Muiz Sudah Tiga Kali Lafazkan Cerai Sejak 2020

Astro Fibre & Celcom Timur Sabah Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi