Kali pertama bertemu mata dengan isteri kepada rapper terkenal, Joe Flizzow ini membuatkan Budiey terpesona dengan kecantikan wajah elegan yang cukup eksotik.
Menjadikan rambut kerinting sebagai trademark imejnya, Marini Ramlan atau lebih dikenali dengan panggilan Nini Marini adalah merupakan seorang artis (pelukis) dan juga pereka fesyen.
Dalam pertunjukan fesyen Bamboo yang diadakan di Hotel RuMa Kuala Lumpur, Nini Marini telah menampilkan rangkaian koleksi busana yang bercorak atau bertemakan buluh.
Dalam temubual ini, Budiey sempat bertanyakan juga tentang kisah peribadi Nini Marini yang mungkin ada yang tak tahu beliau merupakan seorang isteri kepada penyanyi rap terkenal. Kisah percintaan mereka tidak didendangkan di sosial media, Nini Marini dan Joe Flizzow berkahwin semasa dalam awal negara kita dilanda pandemik Covid-19.
Mengimbas semula perjalanan hidupnya, NIni Marini adalah orang kuat di sebuah stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad. Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai artis dan kerap menghadiri acara-acara fesyen sekitar kota.
Dengan kreativiti yang mengalir melalui darahnya telah membawa Marini dari seorang pelukis, produser dan kini telah pun memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat besar.
Nini Marini juga banyak melakukan kolaborasi seni dengan pelbagai pihak antaranya Fendi, Piaget, Nike, Nikkon serta Palate Pillete. Salah satu projek terawal Marini adalah Design in Details yang mana dia merakam beg Palazzo dan mengekspresinya mengikut perspektif seni.
Terima kasih buat Nini Marini sudi ditemubual dan juga Hotel The ChowKitt yang sudi menjadi lokasi pengambaran temubual ini.