in

KETUK-KETUK RAMADAN BERSAMA SHEILA RUSLY

KETUK-KETUK RAMADAN (BERSAMA SHEILA RUSLY) BERMULA 01 SEPTEMBER 2008, SETIAP ISNIN HINGGA AHAD DI RTM1

Variasi hidangan berbuka puasa puasa yang ringkas dan lazat disajikan oleh artis-artis ternama dan popular negara menjadi daya tarikan dan kelainan saban tahun program masakan khas Ramadan yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk dikongsi bersama penonton setia salurannya sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Air tangan artis-artis kesayangan ramai menghidangkan resipi ini dapat dikongsi menerusi Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) bermula 01 September 2008, jam 02.30 petang sepanjang hari Isnin hingga Ahad manerusi RTM1.

Program kegemaran ramai disiarkan 28 episod ini menampilkan sekali lagi Sheila Rusly sebagai hos rancangan meluangkan masa menyediakan hidangan dengan menjemput bukan sahaja penyanyi sebaliknya turut mengetengahkan pengarah filem, pelakon dan pengacara terkenal tanah air.

Menariknya kali ini penonton dan peminat setia artis-artis popular 28 artis terlibat berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa.

Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilhan mereka sendiri ini bukan sahaja meluangkan masa memasak sebaliknya sambil menyiapkan hidangan, mereka turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidil Fitri tahun ini.

Malah penonton juga berkesempatan berkenalan dengan kaum keluarga terdekat artis yang diundang apabila mereka turut sama menyerikan program masakan terbitan Js Pictures ini. Peluang terbaik untuk mengenali siapakah artis-artis kesayangan ramai ini daripada kaca mata keluarga terdekat mereka sendiri.

Artis terlibat termasuklah Amyza Adnan, Umie Aida, Azharina Azhar, Ropi Cecupak, Farid Kamil, Jehan Miskin, Zizan Nin, Ferhad, Aziz M Osman, Melissa Saila, Mila, Dafi, Khatijah Tan, Sazzy Falak, Aizat,Fahrin, Abby Abadi, Q Haidar, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramli, Mustapha Kamal, Nabila, Rosnah Mat Aris, Fiz Fairuz, Fauziah Ghaous, Amy Search, Nabil dan Nora.

Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) kali ini berlokasikan antaranya kawasan terbuka Taman Tasik Titiwangsa, Masjid India, Tanamera Sungai Buloh, Petronas Ampang, UO Supermarket Galaxy Taman Dagang, Tropikana Golf & Country Club, Pasar Tani Taman Melawati, Sungai Besar Selangor, Kampung Sungai Limau Sungai Besar, Kampung Melayu Ampang, Ulu Yam, Bukit Meringin Kajang, Air Terjung Alang Sedayu dan Pasar Raya Chow Kit.

Sesuatu yang istimewa pastinya kerana ada sebahagian artis yang mahu berkongsi dengan penonton kemahiran memasak mereka berada di dapur rumah sendiri. Begitu juga ketika dilakukan di kawasan terbuka, peminat dapat melihat sendiri mereka memasak di lokasi yang dipilih.

Antara resipi masakan istimewa yang disajikan mereka daripada 60 hidangan lazat tahun ini seperti Ayam BBQ Rempit, Sambal Goreng XX Ray, Cucur Udang Bila Mila Cinta, Cucur Sukun dan Ayam Kuzi. 

Pastikan anda tidak ketinggalan meluangkan masa menjadikan Ketuk-Ketuk Ramadan (bersama Sheila Rusly) bermula 01 September 2008, setiap Ahad, jam 02.30 petang, setiap hari Isnin hingga Ahad di RTM1 sebagai panduan menghidangkan masakan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL

Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa