in ,

Kesinambungan ILAIKA YUSUF 2 Lakonan Azam Pitt & Sheira Ayob

Kesinambungan kepada drama bersiri kisah cinta berlandaskan Islam dalam “Ilaika Yusuf” diteruskan dalam “Ilaika Yusuf 2” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 17 Disember lalu, setiap hari, pukul 6.00 petang di TV Okey (Astro 109).

Mengekalkan watak utama Azam Pitt sebagai Yusuf namun kali ini tempat Jue Aziz memegang watak Umairah telah dibawakan pula oleh Sheira Ayob. Drama 13 episod arahan Jett Lee ini turut menampilkan pelakon Zarina Zainordin, Hamidah Wahab, dan Fathil Dani.

Kesinambungannya bermula dengan selesai majlis sambut menantu, Ehsan dan Nek Munah meninggalkan Umairah untuk hidup bersama Yusuf untuk menjalani kehidupan cara kampung. Meskipun janggal, Umairah cuba untuk membiasakan diri tinggal di situ. Pada masa sama Umairah membantu Salina menjaga emaknya Miskiah yang sakit jiwa.

drama bersiri Ilaika Yusuf 2

Omar mendapat panggilan kerja sebagai Pegawai Kastam di Pulau Pinang. Yusuf bangga dengan kejayaan Omar dan dia terasa rendah diri kerana bergantung dengan bantuan keluarga Umairah. Yaakob tahu kedaifannya dan dia nasihatkan agar Yusuf hantarkan Umairah pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Kehilangan Miskiah membuatkan semua orang kelam kabut. Salina pula nyaris di langgar kereta Omar ketika mencari emaknya. Dalam keadaan kurang siuman, Miskiah pula bertekak dengan Penghulu Ismail yang kemudiannya ditakdirkan meninggal dunia diserang sakit jantung. Omar membatalkan cadangan untuk pergi bekerja di Pulau Pinang kerana memikirkan keadaan emaknya. Yusuf pula membuat keputusan untuk menghantar Umairah pulang ke KL, atas nasihat ayahnya.

Miskiah dimasukkan ke hospital dan Mak Yam pula bersedih kehilangan Tok Penghulu. Ehsan meminta Farhana, Ketua Pegawai Pemasaran syarikatnya memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Yusuf yang dilantik sebagai Project Supervisor. Umairah minta ayahnya tangguhkan dahulu Yusuf untuk bekerja dan mereka pergi berbulan madu meninggalkan Yaakob dijaga oleh Omar. Yaacob jatuh sakit ketika cuba meleraikan persengketaan Miskiah dengan Mak Yam.

Di syarikat Ehsan, Yusuf diperkenalkan kepada Farhana yang sopan bertudung dan Ehsan minta Farhana memberikan tujuk ajar bekerja kepada Yusuf. Yusuf sedih bila Umairah memberi alasan belum bersedia lagi untuk bertudung.

Kemunculan Amirul di kampung Senduduk, yang lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap emaknya yang sentiasa menyebelahi ayah tirinya. Yaakob menerima Amirul sebagai anak angkat. Salina dan emaknya cuba berniaga nasi lemak tetapi tidak laku. Hanya Yaakob sahaja yang membeli nasi lemak tersebut. Amirul berkenalan dengan Salina. Omar terlihat Salina bersama Amirul dan ini menyakitkan hatinya. Omar kemudiannya berpura-pura telah memaafkan Salina dan berbaik-baik dengannya. Rancangan Omar membalas dendam menjadi bila dia berjaya untuk menfitnah Salina berkhalwat dengan Amirul.

Sementara itu, Umairah disahkan mengandung. Yusuf amat gembira di atas berita Umairah mengandung begitu juga Nek Munah dan Ehsan. Tetapi Umairah pula sebaliknya sedih dengan berita itu.

Yaakob sanggup menjadi saksi di atas finah yang dilakukan oleh Omar terhadap Amirul dan Miskiah. Salina menganggap Omar berpura-pura meminta maaf kepada mereka dua beranak hanya untuk membalas dendam. Amirul lari menyelamatkan diri dari penduduk kampung yang menangkapnya. Yusuf dihubungi untuk pulang menolong ayahnya dan Amirul. Miskiah hanya pasrah kepada Allah di atas nasibnya, nasib Salina dan nasib Amirul.

Miskiah dan Salina merayu kepada Omar dan Mak Yam agar jangan menyeksa Amirul, tetapi mereka berdua pula yang menerima kutukan Omar dan emaknya. Penduduk kampung menemui Amirul dan memukulnya. Yaakob dan Yusuf dibawa ke rumah Omar untuk melihat Amirul yang teruk dipukul.

Umairah dimasukkan ke hospital kerana sakit apendiks yang telah mematikan kandungannya sehingga dia tidak boleh mengandung selama tiga atau empat tahun. Dalam pada itu, Yaakob berada di sisi Amirul yang sakit sewaktu Yusuf memberi nasihat kepada Omar agar sedar dengan kesilapannya. Omar marah kerana dia fikir Yusuf menuduhnya. Sayu hati Yusuf apabila pulang dan melihat ayahnya lena tidur di sisi Amirul.

Yusuf terpaksa pulang meninggalkan Yaakob bersama Amirul, setelah menerima panggilan Nek Munah memberitahu Umairah berada dalam hospital. Penduduk kampung yang memukul Amirul, bimbang kalau-kalau Amirul pergi membuat laporan dan mengingatkan Omar tentang fitnahnya sahaja. Sementara itu, dikatil wad, Umairah meminta Farhana untuk berkahwin dengan Yusuf kerana dia sedar masalahnya tidak boleh memberi zuriat. Yusuf enggan menerima cadangan Umairah untuk mengambil Farhana sebagai isterinya. Di Kampung Senduduk, Amirul pengsan ketika menyapu di laman rumah.

Omar menghantar Amirul ke hospital dan dia menelefon Yusuf bagi memberitahu penyesalannya yang telah menyebabkan Amirul kesakitan barah usus peringkat empat. Yusuf terpaksa pulang untuk bersama Amirul yang akan dibedah. Salina berasa bersalah kerana telah meminta Amirul menjaga emaknya yang ditangkap bersama Amirul. Amirul berpesan kepada Yusuf agar menelefon emaknya dan dia minta di semadikan di kampung Yusuf, sekiranya dia meninggal tanpa ahli keluarganya sendiri.

Amirul minta dibawa pulang dan berjumpa Salina dan Miskiah. Farhana pergi ke hospital bagi melihat Amirul dan dia beritahu Yusuf, bahawa Amirul adalah adiknya yang telah lama terpisah kerana sikap penderaan emak dan ayah tiri mereka. Ehsan dan Nek Munah terkejut dengan sikap Umairah yang tiba-tiba dingin dengan kemunculan Farhana.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Team Pagi Suria Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini!

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA