in , ,

Kesihatan Ibu Merosot, Dj Lin Mohon Doa Semua, Semoga Cepat Sembuh

Khabar duka buat Pengurus Besar juga penyampai radio Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin apabila ibunya, Puan Hajah Puteh Jantan, 80 tahun, dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada jumaat lalu akibat keadaan terkini ibunya yang semakin merosot.

Ketika dihubungi, DJ Lin berkata, keadaan ibunya semakin terjejas apabila tangan dan kaki kiri ibunya membengkak dan meninggalkan kesan lebam yang teruk.

“Ibu ada masalah buah pinggang sejak 5 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis. Lebih parah lagi apabila lengan kiri yang digunakan untuk proses dialisis mengalami jangkitan kuman yang serius dan ianya tak dapat lagi digunakan. Meskipun tapak dialisis baru telah pun berjaya dibuat dilengan sebelah kanan namun ianya masih belum boleh digunakan disebabkan tekanan darah yang terlalu rendah. Buat sementara waktu ini, Ibu terpaksa menjalani dialisis  menggunakan peha kanan” ujar DJ Lin. 

Lebih membimbangkan bacaan sel darah merah Ibunya pada hari ini mula mencatatkan penurunan ketara iaitu ke paras 5 sedangkan lumrah manusia kebiasaannya mencatatkan bacaan minimum 10 ke atas. Proses tambah darah akan dilakukan dalam usaha doktor untuk mengatasi masalah tersebut. 

“Semalam Mak tidur lebih dari 7 jam, beliau tak terdaya untuk membuka mata apatah lagi untuk makan dan minum”

Menerusi perkongsian di Instagram, DJ Lin memuat naik video ibunya yang terlantar di hospital dan beliau turut memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan ibunya.

Menjengah di ruangan komen, rata rata rakan artis antaranya Faradhiya, Aznah Hamid, Sheeda Dangdut, Bob Yusof, Feeya Iskandar, Anna Aljuffrey juga rakan rakan media serta para peminat memberi kata-kata semangat serta doa buat ibu DJ Lin agar diberikan keajaiban, segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan, alhamdulillah syukur kepada Illahi, hari ini keadaan kesihatan ibu mula menunjukkan perkembangan positif” 

Tambah DJ Lin, pasti ini atas berkat doa semua pihak selepas video tentang keadaan terkini Ibunya telah dimuat naik di Instagram, tiktok, dan twitter miliknya, @djlinsuriacinta serta di fan page facebook di DJ LIN (SURIA CiNTA) SURIA FM 

DJ Lin terpaksa bergegas pulang seketika ke Kuala Lumpur pada hari esok (Selasa, 14 Jun) untuk menerima ‘Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai’ di Malaysia bagi tahun ini. Anugerah yang akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt adalah anjuran Majalah antarabangsa, Reader’s Digest. Ianya hasil undian pengguna dikalangan Rakyat Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

STRANGER THINGS 

Amir Andhar & Lyn-Hui Ong Bawa Perkara Aneh Netflix Ke Malaysia

Dikecam Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Rupanya Arwah Ayah Amy Search Dah Pesan