Pagi ini, Budiey bangun dengan rasa segar sekali. Entah dari mana datangnya kesegaran tu, Budiey pun tak pasti. Orang kata, bila kita dapat tidur dengan lena dan cukup, kita akan bangun dengan rasa fresh.
Tapi selepas berhempas pulas dengan parti ulangtahun pada hari Ahad lalu, badan Budiey rasa lenguh dan penat sangat. Walaupun tidur dah cukup lena, tapi bangun masih lagi dalam keadaan letih.
Rasanya, dah tiba masa untuk berehat seketika.
Mungkin juga kesegaran datang dari aura event pada pagi ini. Suasana sungguh sejuk dengan pohon hijau di sekitar Teeq Brasserie, Rooftop Lot 10 Shopping Centre sangat mendamaikan.
Kesegaran memang Budiey perlukan sangat-sangat selepas mengalami keletihan fizikal dan minda pada minggu lalu.
Baru dapat pergi event dan menulis pun lancar dengan idea mencurah-curah.
Kesegaran boleh datang dalam pelbagai cara. Teringat ada sorang kawan Budiey cakap, untuk badan yang segar dan sihat, hidup kita perlukan makanan yang segar dan berkhasiat.
Lepas tu, barulah minda kita akan segar. Tidur yang cukup pun penting juga.
Dan setiap hari, kita perlu mandi untuk mendapatkan kesegaran. Keluar aje dari bilik mandi, korang pasti akan rasa segar dan bersih. Jadi, segala bahang di sekeliling, anda tak risau kerana badan tetap akan segar. Tapi sampai bila? Mungkin 2-3 jam selepas itu, badan kita rasa lesu dan berbau semula.
Untuk mengekalkan kesegaran badan, kita gunakan deodorant atau pewangi. Itu dah ramai yang tahu.
Dan hari ini, bertemakan KESEGARAN ini, Rexona telah melancarkan Deodoran Shower Clean terbaru untuk memastikan anda sentiasa segar dan yakin.
Pada jam 10.30 pagi tadi, Budiey sempat singgah sekejap untuk merasai kesegaran produk baru keluaran Rexona ini.
Dan kat situ juga, sempat bertemu dengan pelawak Douglas Lim.
Beliau dijemput untuk menghiburkan rakan media yang datang. Biasalah, Douglas Lim pun mengaku yang dia agak susah untuk buat lawak, sebab kata dia, orang Cina mana bijak buat lawak. Kalau kat Cina, pelawak diorang banyak menangis kat pentas. Tak tahu pulak, ada yang akan ketawa bila tengok orang menangis.
Hos untuk event pagi tadi ialah Zhe. Siap pakai rob (jubah mandi) lagi.
Kata Tanya Teng, Pengurus Jenama Rexona, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd:
“Kami sentiasa mendengar kehendak pengguna dan kami sedar pentingnya wanita merasa bertenaga dan dapat menumpukan perhatian bagi mencapat matlamat mereka. Dalam negara kita yang panas dan lembap ini, kita mudah berpeluh sebaik sahaja kita melangkah dari rumah. Jadi, kami cari cara baru untuk meningkatkan mutu produk kami supaya wanita boleh menikmati rasa segar dan dilindungi sepanjang masa.”
Lawak Douglas Lim diselangi dengan lagu. Kali ini, Douglas Lim nyanyi lagu You’re Beautiful yang ditujukan khas untuk Amber Chia. Liriknya ditukar dengan lawak-lawak spontan.
Ianya dirumus khas untuk wanita biasa yang dapat memberikan kesegaran sepanjang hari seolah-olah anda semua baru lepas mandi.
Dengan teknologi responsif kepada badan, deodoran Rexona Shower akan mengekalkan kesegaran mandian dan memastikan ketiak anda sentiasa kering.
Yang penting sekali bagi Budiey, kalau korang nak cuba, kena tahu kesan tindakannya samada ianya anti peluh atau tidak.
Rexona Shower Clean ini ada ramuan aktif anti peluh yang memastikan ketiak anda semua rasa segar dan kering.
Tak kiralah di mana pun anda, samada dalam lrt ke, kat gym ke, dalam kesesakan kat pasar ke atau di tempat kerja, dengan Rexona anda semua tak perlu risau dengan bau badan dan tidak selesa di bawah lengan (ketiak).
Budiey berpeluang untuk cuba pakai deodoran ini. Ternyata memang sangat wangi. Orang kata, wangi yang sangat segar.
Apabila diteliti, patutlah, apa tak wanginya, ia diadun dengan macam-macam wangian seperti epal, kasturi, mawar, melur, bergamot dan kayu cendana. Ramuan inilah yang buat rasa kesegaran tu bertahan lama.
Bila anda rasa diri anda sentiasa segar dan tak berbau…. kita pasti akan rasa yakin. Betul tak?
Rexona Shower Clean boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasaraya utama pada harga RM6.00 untuk Deodoran Roll On, RM8.90 untuk Dry Stick dan RM9.90 untuk Spray.
Jadi, segera dapatkan Rexona Shower Clean untuk menikmati kesegaran sepanjang hari, seperti anda baru mandi!