Budiey percaya, setiap daripada pembaca rata-ratanya dah ada akaun Facebook sendiri. Dalam ramai-ramai ni, mesti ada yang suka main game di Facebook. Budiey pun sekarang ni dah jadi addicted dengan macam-macam game kat FB. Bukan apa, suka lepaskan stress dengan main game. Antara game yang Budiey suka ialah Farmville dan Mafia Wars. Korang lak, suka main game mana satu?
Tapi sekarang Budiey dah tak main lagi Farmville tu. Budiey ada game baru iaitu Kesatria Poyos. Huhu, nama pun dah cukup poyo. Ops! Terlebih sudah!
Tapi ada banyak sebab yang menjadikan Budiey addicted dengan Kesatria Poyos ni.
Pertama, game ni guna bahasa Melayu dan mudah difahami sebab ia dihasilkan oleh anak tempatan. Gaya bahasanya pun sangat santai dan bersahaja. Lagi pun, game Kesatri Poyos ni sebenarnya agak sama dengan Mafia Wars sebab dua-dua guna engine yang sama.
Permainan ini seperti biasa, mesti bermula dari peringkat bawah iaitu Hulubalang Biasa. Menapak satu demi satu untuk meningkatkan kemampuan diri dengan mengutip pengalaman hidup sehingga menjadi seorang yang berkuasa dan power. Kemudian peringkat demi peringkat ditingkatkan kuasa sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Kesatria yang gagah berani lagi poyos.
Lima sebab kenapa kita patut main game menarik ni:
- Enjin game sama konsep dengan game Mafia Wars yang begitu popular di Facebook;
- Ramai gamers yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain
- Banyak hadiah misteri dan peraduan2 unik disediakan untuk pemain
- Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos http://empayar-poyos.com
- Farid Kamil, selebriti terkenal Malaysia juga turut main Game http://empayar-poyos.com/farid-kamil-pun-main-kesatria-poyos/
Bagaimana untuk menjadi poyo dan hebat di Kesatria Poyos? Hehe, mudah sahaja, cipta watak anda dan lengkapkan ia dengan senjata dan perisai yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Apabila kesatria anda telah bersedia untuk berjuang, hantar dia pergi menjalani misi-misi untuk menambahkan pengalaman. Dan selepas itu anda boleh berpetualang dengan kesatria-kesatria poyos yang lain.. atau penerangan yang lebih mudah:
1. cipta karakter anda
2. hantar karakter anda untuk misi pertama (latihan)
3. beli senjata dan perisai untuk menambah kepoyooan karakter anda
4. bila rasa dah cukup hebat, pergi la lawan dengan kesatria-kesatria poyos yang lain..
5. kalau rasa tak cukup hebat, upgrade karakter anda.. hohoho setiap kali anda naik level akan dapat points untuk tambahkan kepoyooan dan kehebatan karakter anda..
6. untuk tambah power lagi, sila hasut rakan-rakan anda sertai geng anda.. Ia akan menjadikan anda lebih poyo berbanding biasa..
Mudah bukan? Farid Kamil pon main Kesatria Poyos la beb.. Walaupun dia sangat sibuk shooting sana shooting sini, sempat lagi main Kesatria Poyos.
Untuk menambahkan ilmu korang berkenaan dengan kesatria poyos ini, anda juga boleh melayari laman web rasmi kesatria poyos di empayar-poyos.com
Apa kata kita tengok pula testimoni mereka yang aktif dengan permainan ini:-
- Mans Ihum: pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie..sbb bgi aku susuh giler..nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar..tq bro…saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14,…dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni..game ni poyos giler..aku suke aku suke..tahniah pada pencipta dan pengasas game ni….mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan…
- Azman Hisyam: setelah aku menjoinkan diri dalam game Kesatria Poyos ini,baru aku sedar bahawa aku sorang yang sungguh bergaya apatah lagi hebat belaka…disebabkan kesatria Poyos ini telah mempoyoskan aku,aku telah dikenali oleh ramai gadis-gadis…hal ini menyebabkan tok nujum mahupun persatuan2 tok-tok sedunia mencemburui kehebatan Kesatria Poyos aku…aku tidak minta semua ini terjadi…dengan berbekalkan bala tentera siput sedut sebanyak 1gig,aku menyeru bahawa menjoinkan la diri dalam game “KESATRIA POYOS” ini,jangan biarkan profile anda tidak mempunyai Kesatria Poyos…Time kasehhhh…
- Alip Aieman: Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya . Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran , lawak dan kerjasama.
- ZulFadhli Sharingan Ameterasu: kesatria poyos mmg de bez..gamenye agak mcabar..lbih mncabar dri mafia war..tp lawak pon ade gk..smpai tergelak tergolek ak dibuatnyew…hahaa..ppepon syabas drpd pihak SYABAS kpd org yg cipta game nie krna mmpu mcipta game nie dan bjaye mnrik mnat org len ntuk join main kesatria poyos…smpai ak pon tertarik.hak3..n kpda smue ksatria2 poyos good luck all..smoge thap korang smue cpt naek..n jlnkn misi2 korang dgn sbaek2nyew dn pnuh btnggungjawab….hahahaa…
- Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!
- Nurazura Aslinda: sape yg cipta game nih? x sangka aku telah terjebak dlm pertarungan poyo ni..uhuk..uhuk..
- Junizam Aziz: perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…
Link nak main game: http://apps.facebook.com/kesatria-poyos
Fan Page game: http://www.facebook.com/KesatriaPoyos