DALAM bulan kelapan kehamilannya, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin kini sedang menanti hari melahirkan anak sulungnya pada bulan Mac ini.
Siti, 39, bakal melahirkan bayi perempuan hasil perkahwinannya selama 12 tahun dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59.
Dalam pada itu, Siti yang selalu berkongsi perkembangannya melalui Instagram miliknya telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukka kedua-dua kakinya yang sedang membengkak oleh kerana water retention yang biasa dialami oleh wanita hamil.
Kata Siti, akibat kakinya sembap, beliau terpaksa meminjam selipar suami tercinta.
Water retention atau kesembapan berlaku akibat pengumpulan cecair dalam ruang di antara tisu-tisu lembut dalam badan dan apabila cecair ini disimpan, pembengkakan akan berlaku.
Rata-rata daripada peminatnya membanjiri ruangan komen entri tersebut dengan kata-kata semangat dan ramai juga yang ‘geram’ kerana kaki Siti kelihatan sungguh comel!
Tak kurang juga yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi tips mengurangkan kesembapan kakinya itu, termasuklah penyanyi popular Indonesia yang juga rakan baiknya, Krisdayanti.
“@krisdayantilemos: Kurangin garamnya sedikit Love, jangan lupa rendam air panas ye tiap malam @ctdk,” nasihat Kris pada entri tersebut.
Gambar itu ternyata sungguh popular sehingga telah menerima 101,392 likes walaupun baru 3 jam dimuat naik.
Nampaknya, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum penyanyi kesayangan Malaysia ini melahirkan bayi sulungnya itu. Budiey pasti seluruh rakyat negara ini turut teruja dan tidak sabar seperti Siti juga!