Sedar dengan kekangan dan keterbatasan melanjutkan produksi penggambaran dan pembangunan kandungan, Nuflix telah melancarkan inisiatif pembinaan rangkaian media islamik antarabangsa.
Menurut Syah Mohamed selaku Ketua Pegawai Eskekutif Nurflix, kesan pandemik telah membuatkan mereka memperkasakan jalinan penerbitan dan media dengan menjangkau rangkaian kerjasama bersama syarikat penerbitan dan media islamik dari luar negara.
“Kami mahu mencapai objektif dalam usaha memberi manfaat kepada penggiat seni dan komuniti.
Kita akan ada kandungan serta kolaborasi dari syarikat penerbitan luar seperti dari United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan akan ada lebih 1,000 konten untuk ditonton menjelang akhir tahun ini, InshaAllah”
– Syah Mohamed
Bukan itu sahaja, Nurflix juga sedang dalam perbincangan dengan platform penstriman islamik seluruh dunia bagi membinagabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.
“Dengan jalinan rangkaian ini kita berharap kandungan dan program dari luar boleh kita tonton di Nurflix dan kandungan dari Malaysia juga ditonton di luar sana. Sudah tiba masa untuk rangkaian ini diperkasakan.” terang Syah mengenai kewujudan rangkaian platform, pemasaran dan penerbitan ini.
Kemasukan kandungan-kandungan luar ke dalam Nurlix juga akan memberi peluang pekerjaan post-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh Syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna.
Lebih istimewa, Nurflix juga mempunyai sasaran untuk menjadi platform pembelajaran, bukan semata-mata hiburan dengan menonton filem dan drama semata-mata.
Sehubungan dengan pemerkasaan kerjasama dan pelebaran kandungan luar, produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad ini akan melancarkan aplikasi natif ‘Nurflix Goldfish 2.0’ lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hybrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober 2020.
“Naik taraf ini akan dilancarkan sempena 1 Muharram atau 10 Ogos 2021 dan akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana ia akan lebih stabil dan pantas,” terang Syah mengenai pengukuhan aplikasi natif yang akan dilaksanakan kelak.
Dengan penambahbaikan yang sedang giat diperkasa ini, Nurflix berharap agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat-penggiat media Islamik sekaligus menggerakkan ekonomi terutama di sektor penerbitan dan media sepanjang dunia dilanda pandemik. Harga pakej langganan baharu juga akan turut diumumkan pada Ogos akan datang.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore & Google Playsore.