Aida yang ditemubual pihak hlive itu mendakwa banyak perkara tentang Sam, termasuklah meminta bekas suaminya itu menunjukkan bukti jika benar tiada pendapatan.
Sam Bunkface tampil pertahankan diri, tunjuk bukti bekas isteri minta nafkah tinggi tapi tak jaga anak sepenuhnya…
Tidak berdiam diri, Sam tampil pertahankan dirinya atas segala tuduhan yang dilemparkan Aida. Dalam satu perkongsi video di Instagram, Sam mendedahkan mereka sepatunya menjaga Maleeq secara adil iaitu dua minggu setiap seorang.
Sebaliknya berlaku apabila Aida dilihat cuba menyukarkan urusan Sam untuk berjumpa dan mengambil anaknya dengan menghantar Maleeq ke Melaka untuk dijaga ibunya.
Sam turut menunjukkan bukti Aida cuba mengelak untuk menjawab perkara sebenar dan tidak menyatakan dengan tepat lokasi sekolah anak mereka.
Sam turut merasakan jumlah nafkah yang diminta terlalu tinggi untuk menjaga Maleeq selama 2 minggu sahaja setiap bulan iaitu sebanyak RM1,300.
Sam terpaksa hubungi sendiri ibu Aida untuk tahu perkembangan Maleeq..
Sam turut mendedahkan terima banyak ugutan dari bekas isteri. “Akan kacau hidup ko sampai aku mati” – Aida.