Pertuduhan terhadap pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari yang didakwa merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Damansara pada 16 April tahun lalu berjaya diselesaikan di luar mahkamah.
Memetik Harian Metro, Peguam Awal, Datuk M Reza Hassan berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi yang ingin menarik balik pertuduhan terhadap Awal, pendakwa raya menerima permohonan itu sekali gus mengesahkan perkara itu selesaikan secara baik.
“Alhamdulillah, anak guam saya berjaya menyelesaikan pertuduhan terhadapnya di luar mahkamah. Selepas menerima keterangan daripada saksi di hadapan pendakwa raya pagi ini, saksi mengesahkan perkara itu sudah diselesaikan di luar mahkamah.
Datuk M Reza Hassan
“Saksi ingin menarik balik aduan terhadap Awal. Jadi berdasarkan keterangan yang diberikan, mahkamah menerima permohonan dan pendakwa raya menarik balik kes terhadap Awal,”
Menurut Reza, proses perbincangan di luar mahkamah di antara kedua-dua peguam sudah dijalankan beberapa bulan lalu memandangkan tidak berlaku sebarang kerugian.
“Pengadu hanya terbabit secara aktif dalam proses perbincangan ini bulan lalu. Jadi, apabila perkara ini dibawa ke peringkat pengurusan perumahan terbabit, mereka mengesahkan tiada kerugian berlaku memandangkan segala kerugian ditanggung oleh syarikat insurans,”
Datuk M Reza Hassan
Terdahulu, Awal bersyukur apabila pertuduhan terhadapnya ditarik balik Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.