in

Kes Pergaduhan Tom MyStarz LG: Ada Yang Tak Kena?

Juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom (gambar) mengakui menyesal membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nur Umirah Ali atau Miera,17, yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkapnya.

Miera adalah adik tiri isteri kepada seorang lelaki yang juga bekas kekasih Tom.

“Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu.

“Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya,” ujar Tom menjawab persoalan apabila SMS yang dihantarnya kepada Miera telah disiarkan sebuah portal hiburan, Isnin.

Kata Tom dia menyesal kerana tidak menyimpan SMS yang dikirimkan Miera itu kerana menganggap ia tidak penting tetapi terkejut apabila gadis itu rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat.

Menurutnya, dalam SMS itu Miera asyik bertanya sejauh manakah hubungan dia dengan abang iparnya dan Tom menjelaskan lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya dan mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Bagaimanapun Tom menjadi marah apabila gadis berkenaan berulang kali mempersoalkan penjelasannya menyebabkan dia terpaksa menghantar mesej memberi amaran agar tidak melakukan perbuatan yang dianggapnya sebagai kurang ajar.

“Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya.

“Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas.

“Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama.

“Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut,” ujarnya dengan nada kesal.

Sementara itu, Tom menafikan dakwaan Miera bahawa dia ada berkomunikasi dengannya menggunakan laman sosial Myspace.

Kata Tom dia tidak pernah mempunyai akaun Myspace seperti didakwa.

“Saya tidak pernah mempunyai akaun tersebut bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan mereka? Kalau perkara itu benar saya tidak takut untuk mengaku.

“Apa yang mereka cuba buat amat melampau. Itu semua cerita bohong,” ujarnya.

Kejadian itu kata Tom menyebabkan dia tidak sanggup unutk membaca berita-berita yang disiarkan sama ada di surat khabar atau di internet.

“Perkara ini semakin menjadi-jadi, saya tidak kuat untuk membaca cerita-cerita yang hampir setiap hari ini.

“Saya mahu mereka tolong hentikan segala fitnah yang dilemparkan ini dan selesaikan cara baik,” ujar Tom.

Ahad lalu Tom diserang sekumpulan lelaki dalam satu insiden apabila dia dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang.[sumber]

Pendedahan adik mangsa lain pula dan bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tom.

Ini pula dipetik dari Portal Murai:

“Sebenarnya, myspace itu adalah milik saya. Kakak saya tidak mempunyai akaun myspace. Jadi, dia minta nak gunakan myspace saya untuk berhubung dengan Tom untuk bertanya pelbagai soalan berkaitan hubungan suaminya dengan Tom.

“Selepas kakak dan Tom berbalas komen dalam myspace, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada Tom pada jam 2 pagi 22 Jun lalu. Tom pesan pada saya supaya mulut jangan kurang ajar sangat. Mulanya saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu. Bila saya tanya siapa dia, barulah dia kata dirinya adalah Tom.

“Selepas telefon, Tom terus memberikan SMS kesat dan berbau ugutan pada saya sehinggalah abang saya bernama Anas membalas SMS itu bagi pihak saya. Disebabkan takut dan bimbang, saya terus membuat laporan polis atas tindakan Tom terhadap diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa juga dikatakan telah menghantar SMS berkaitan rakaman video yang disiarkan dalam program Melodi TV3. Difahamkan, segala video yang tersiar itu adalah lakonan yang terpaksa dibuat mangsa selepas menerima ugutan daripada suami mangsa dan Tom.

Berikut adalah terjemahan SMS yang dikirim mangsa kepada Miera sebelum pengakuan melodi di siarkan semalam (Ahad, 11 Julai 2010)

Mangsa: Miera How are you? Miera ok ke? I know u cant accept me da, but i miss u n mama so bad. A lot. Just to inform u.Ahad ni tengoklah terjah. It’s all fake. I cant be honest to myself. Miera take care ok. Now i realise apa pun, I love u n my baby more. Really2 in hurt..

Mangsa: Aah.tgk jela. Plastik semua. Mesti Miera tak caya. Tapi muka sensed. Sekejap. Baby nangis. Ayin akan selesaikan semuanya. Ayin janji.

Mangsa: Haha. Dia jaga Ayin? Kawan Ayin? Tengoklah dalam terjah nanti. Dia siap ngaku kakak angkat lagi…kawan baik. Kawan rapat. Isk! Tunggu je la. Just wait and see. Konfem Miera tengok miera menyirap punya.

Mangsa: Miera percaya Ayin ke atau Tom?

Mangsa: Mirea, jangan SMS da. Angah (panggilan untuk suaminya) dah balik. Love you.

Berikut adalah terjemahan SMS dari mangsa kepada bapa mentuanya. SMS ini dikirimkan sebaik saja mangsa dibawa lari suaminya ke Kuala Lumpur.

Mangsa: Mak, abah..tolong Ayin. Ayin nak balik. Angah (suami)…dia tipu Ayin mak. Hari tu Ayin terpaksa berlakon..Mak Abah, Ayin kena pukul kat sini. Tolong Ayin.

Mangsa: Mak abah…Ayin akan minta Angah lepaskan Ayin. Ayin tak boleh hidup dengan dia (suami) dah. Cukuplah dia da tidur sekatil dengan perempuan tu (Tom) depan mata Ayin. Ayin harap Ayin tetap akan jadi anak mak dengan abah.

Siapa yang betul, siapa yang tak benar… anda nilai sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man

Konsert Dir Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan