Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi. Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu. Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.
Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. – foto MSTAR
Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat. Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.
Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. – foto MSTAR
Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).” Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim. Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.
“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.
Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya. Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.
Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. [sumber]