Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama ini bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, pendakwah tersebut dan isterinya telah pun hadir ke Bukit Aman untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan laporan gangguan seksual yang dibuat ke atas pendakwah tersebut.
Manakala pada hari Khamis lepas, pihak polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di Telegram yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Salah seorang mangsa dan ahli keluarga juga sebelum ini turut merakamkan video membuat sumpah laknat mengaku diganggu oleh pendakwah terkenal itu.