Berita paling panas dibicarakan di sosial media sekarang ini adalah berita tentang Farid Kamil. Jadi, ramai teman dan sahabat baik Farid Kamil telah hadir ke depan untuk membela dan memberi sokongan moral kepada Farid. Antara teman rapat Farid ialah Sofi Jikan.
Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas kejadian yang berlaku. Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.
“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.
“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, ”
Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.
Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.
Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.
“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long.
“Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujarnya.
Sumber: Mstar Online