Kata Adibah, lebih mendukacitakan apabila acara dan kerja seni yang baru kembali pulih terpaksa ditangguhkan bagi mengurangkan risiko penularan.
“Saya tahu mesti anda semua tengah risau dan kecewa melihat peningkatan jumlah kes COVID-19 di timeline anda.
“Saya masih boleh tersenyum dan cuba kekal positif. Saya pun masih duduk di rumah saja sebab penggambaran kami sudah kena tunda. Terima kasih banyak!
“Kami baru saja nak pick up the pieces, cari duit sini sikit, sana sikit. Tapi dah kena duduk rumah,”
– Adibah Noor (menerusi sepotong video di Twitter pada Isnin lalu)
Adibah memuat naik video berkenaan difahamkan sebagai respon kepada peningkatan kes COVID-19 dalam negara.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi ramai yang turut berkongsi perihal masalah masing-masing disebabkan pandemik ini.
Terdahulu, KKM mengumumkan sebanyak 691kes Covid 19 di Malaysia setakat 5 Oktober 2020, menjadikan ia jumlah jangkitan tertinggi ketika ini.