in

Kerja-Kerja Pemulihan Lokasi Banjir di Malaysia

Maxis hari ini berkongsi progress mereka di Pantai Timur, dimana mereka mengatakan mereka memberikan keutamaan untuk mempercepatkan pemulihan perkhidmatan di lokasi-lokasi yang terjejas dengan banjir.

Berikut adalah kenyataan akhbar yang disebarkan oleh Maxis tentang kerja-kerja pemulihan Apabila keadaan banjir mula mengimpak negeri-negeri di Pantai Timur, keutamaan bagi Maxis adalah untuk mempercepatkan pemulihan perkhidmatan di lokasi banjir yang terjejas. Kerja-kerja pemulihan kami berjalan dengan baik tetapi kami juga menghadapi halangan di beberapa lokasi terutamanya disebabkan oleh penutupan bekalan elektrik sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan gangguan elektrik ke kawasan yang lebih luas.

maxis

Bagi tapak-tapak yang dipasang dengan penjana kuasa sandaran, kami juga sedang menghadapi cabaran untuk mengakses lokasi-lokasi tersebut bagi pengisian minyak diesel dan kerja-kerja membaiki janakuasa.

Di mana mungkin, kami menggunakan pemancar mudah alih di kawasan yang terjejas untuk menangani situasi ini dan sebagai usaha untuk memulihkan sambungan.

Selain itu, pada hujung minggu yang lalu, kami juga telah memberi 100 minit dan 100 SMS percuma untuk membolehkan mangsa-mangsa banjir menghubungi orang yang tersayang.

Tambahan lagi, bermula hari ini, 31 Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015, kami menawarkan pelanggan Hotlink kami di Kelantan dan Terengganu panggilan dan SMS percuma ke nombor Hotlink / Maxis lain, manakala pelanggan pascabayar kami akan menikmati 100 minit dan 100 SMS ke mana-mana nombor Maxis / Hotlink.

Syarikat juga telah mengedarkan barang-barang keperluan di pusat-pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan, serta SK Teluk Kepayang and SK Muzafar Sha di Bota, Perak.

Tambahan pula, pelanggan kami boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan banjir setiap hari melalui saluran media sosial kami di https://www.facebook.com/maxis dan https://www.facebook.com/hotlink?fref=ts

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami diatas kesabaran mereka sementara kami berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan.

maxis

maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Gentlemens Lancar Koleksi Kemeja Polo Kontemporari

Di Sini Permainan Bola Sepak Terbaik Asia Berlaku