in , ,

Kereta Akim Terbabas di Toyota Gazoo, Bella Menangis Diusik Stacy

Akim Ahmad terharu anaknya, Bella Luna cemas hingga menitiskan air mata apabila melihat visual dirinya terbabas ketika menyertai perlumbaan kereta bersama artis lain, baru-baru ini.

Tidak mengalami kecederaan, Akim tersentuh apabila Bella yang menyaksikan insiden itu melalui perkongsian ‘live’ dalam media sosial, risau keadaan dirinya dan tidak henti-henti bertanya mengenai perkara itu.

“Bella terkejut melihat kereta yang saya pandu terbabas. Stacy pula mengusik hingga Bella menitiskan air mata.

“Dek terlalu risau, Bella bertanya mengenai keadaan saya. Sebenarnya, tidaklah seteruk mana, cuma ini kali pertama kereta saya pandu terbabas hingga tidak dapat meneruskan perlumbaan,”

– Akim Ahmad
5D3_8867

Baru-baru ini, vokalis The Majistret itu bersama teman artis lain seperti Nabil Ahmad, Aiman Tino, Nabila Razali, Diana Danie dan Wany Hasrita menyertai acara perlumbaan Toyota Gazoo musim kedua.

Akim berkata, dia sudah berpesan kepada Stacy mengenai aspek keselamatan yang dititikberatkan penganjur sebelum acara perlumbaan.

TGR Grad _ Akim Ahmad _ Takeyama san

“Reaksi Stacy tidak sama seperti Bella. Seperkara lagi, kenderaan yang digunakan dibina khas dan kukuh untuk dipandu,”

– Akim Ahmad

Berkongsi perkembangan kerjaya, Akim bakal tampil dengan lagu duet berjudul Bikers Kental bersama Faizal Tahir.

“Sudah lama saya impi bekerjasama bersama dengan ‘rockstar’, Faizal. Ini antara projek besar dalam kerjaya dan sudah boleh dipadam daripada senarai impian,”

– Akim Ahmad

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016 dan memiliki dua anak perempuan iaitu Bella dan Eshaal.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DFKL Menghidupkan Hujung Minggu Dan Impian Belia

“Ya, Saya Bakal Kahwin,” – Nelydia Senrose