Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah turut menganggap Tanah Suci tempat ‘healing’ sambil beribadah dan juga bermuhasabah diri.
Difahamkan, Puteri Sarah menjawab perkara berkenaan apabila ada pihak yang bertanya apabila melihatnya sering menunaikan umrah.
“Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je ? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri,” tulisnya.
Menurut Puteri Sarah lagi, ini kali pertama dia ke Tanah Suci seorang diri dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan.