Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin.
Malah, Suhaimi juga lantang bersuara mengenai vaskin di Instagram miliknya. Namun susulan tindakannya itu, akaun Instagramnya telah disekat selama 30 hari.
Berkongsikan perkara itu di Facebook miliknya, Suhaimi kata ada pihak membuat report susulan perkongsikannya mengenai vaksin dan kantoikan kerajaan.
Bercerita lebih lanjut, Suhaimi sama sekali tidak kisah akan apa yang telah menimpa akaun Instagramnya dan meminta netizen untuk tidak bertanyakan lagi.
Bagaimanapun, Suhaimi berkata dia tidak kisah akauannya itu disekat dan meminta netizen untuk tidak bertanyakan lagi mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, Suhaimi meluahkan rasa hormat terhadap 770 guru di Johor yang tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19. Katanya lagi, hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.