in , ,

Kerana Fasha Sandha, Jualan Produk Berryfull Laku Keras Cecah RM20 Juta

Kehadiran pelakon jelita Fasha Sandha sebagai duta produk Berryfull ternyata memberi tuah buat jenama Inayah Beauty apabila berjaya meraih jualan paling tinggi iaitu lebih 400,000 jar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, secara tidak langsung, kutipan jualan kasar hampir mencecah RM20 juta dalam tempoh tidak sampai setahun Fasha menjadi duta Berryfull.

“Apabila melihat pembelian sehingga lebih 400,000 jar dalam tempoh tidak sampai setahun pun Fasha menjadi duta kami, saya sendiri terkejut.
“Dan semua ini bermula apabila kami melamar Fasha untuk menjadi duta Berryfull pada Ogos 2022, dan selepas dia sendiri cuba produk kami dan dapat melihat perubahan berat dan saiz badan yang ketara, dia terus setuju dan kami menandatangani perjanjian pada Disember 2022.
“Kemudian, perubahan bentuk badan Fasha yang lebih langsing buatkan jualan Berryfull terus mencanak naik,”

– Dini Qistina binti Latifi
FASHA SANDHA

Tambah Dini, kerana kepercayaan orang ramai terhadap Berryfull juga, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengubah pembungkusan Berryfull dari semasa ke semasa bagi mengelakkan peniruan produk daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kata Dini, pihaknya kerap berdepan dengan isu produk ditiru pihak luar dan berasa risau sekiranya ada individu yang tertipu membeli produk tiruan.

“Apabila mendapat kepercayan pembeli sepenuhnya, maka pihak kami juga perlu bersiap sedia dimana akan ada pihak luar yang tidak bertanggungjawab menjual produk tiruan.
“Ia sangat bahaya dan boleh menjejaskan prestasi kami yang sentiasa menjaga kualiti produk. Jadi untuk lebih selamat, pihak kami akan menukar pembungkusan mengikut tempoh tertentu dan pada masa sama meletakkan bar code untuk pembeli melihat semula adakah produk yang dibeli itu asli atau tiruan,”

– Dini Qistina binti Latifi

Bersempena dengan pembungkusan Berryfull baru, ia dilancarkan menerusi acara Zumba With Fasha Sandha di Ruwang @1 Chopati, Kuala Lumpur.

Fasha Sandha pula menyifatkan perlantikannya sebagai duta Berryfull bukan sekadar rezeki buat dirinya semata-mata tetapi juga untuk peminat-peminat yang mempunyai masalah penurunan berat badan.

FASHA SANDHA

“Sebelum ini saya juga mengalami masalah penurunan berat badan dan bukan senang ya nak turunkan berat, tambah pula saya dikritik segelintir netizen kerana bertubuh besar.
“Dan apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan kita. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menggunakan Berryfull, saya dapat lihat perubahan diri saya. 
“Dan sekarang, saya sudah berjaya menurunkan 18 kilogram. Bila perubahan diri saya sangat ketara, saya pun makin semangat nak kongsi kepada orang ramai bahawa Berryfull sememangnya menjadi!”

– Fasha Sandha

Sementara itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan. 

Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah  syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SALAM TAIWAN

Destinasi Popular Yang Ingin Dikunjungi Rakyat Malaysia Carian Google Flight

FILEM WALID

Pengarah Areel Abu Bakar Bangga Dapat Bawa Filem WALID Ke Amerika Syarikat