Terbaru, video muzik “Boombayah” yang juga merupakan lagu ketiga debut mereka telah pun meraih tontonan sebanyak 1 bilion di laman penstriman YouTube. Rekod ini berjaya dicipta selepas 4 tahun, 2 bulan, 4 hari dan 12 jam selepas ia diriliskan untuk tontonan semua.
Lebih menakjubkan kerana ini adalah video muzik ketiga kumpulan itu selepas mereka mencapai rekod yang sama dengan “DDU-DU DDU-DU” dan “Kill This Love” sebelum ini. Ini menjadikan mereka sebagai satu-satunya artis Korea dengan pencapaian yang hebat ini di mana 3 video muzik mereka melepasi garis tontonan tersebut.
Semoga makin banyak lagi rekod yang akan diciptakan oleh BLACKPINK selepas ini!