Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di 6 buah negeri bermula 13 Januari (Rabu) hingga 26 Januari 2021 untuk tempoh 14 hari.
PKP kali ini seperti yang diumumkan melalui perutusan khas tidak melibatkan semua negeri tetapi hanya 6 buah negeri yang terlibat. Antara 6 buah negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah.
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) January 11, 2021
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT : pic.twitter.com/1Rhan6LRhz
Manakala 6 lagi negeri akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Arahan PKPB bagi negeri-negeri ini juga bermula dalam tempoh yang sama seperti negeri-negeri PKP. Untuk Perlis dan Sarawak akan kekal sebagai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kebenaran Rentas Negeri Dan Daerah
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin, negeri PKP tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan daerah. Ketua keluarga hanya dibenarkan untuk keluar dalam radius 10 kilometer sahaja.
Manakala bagi negeri PKPB, rentas negeri juga tidak dibenarkan tetapi dibenarkan untuk rentas daerah. Ianya sama seperti pelaksanaan di 2 buah negeri dibawah arahan PKPP.
Segala SOP akan diperincikan oleh MITI dalam masa terdekat. Nantikan!
Jadi jika tiada urusan penting, Just Stay At Home!