Menerusi program itu, bantuan RM 100 diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas. Seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan, memaklumkan projek perintis p.rogram bantuan itu sudah dimulakan 1 Julai lalu kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ada Yang Sudah Terima Bayaran Tambahan
Kerajaan akan memberi Bantuan Khas C0VID 19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM 4.6 b.illion.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang kelayakan serta bayaran B.antuan Khas C0VID19 (BKC) yang diumumkan oleh Perdana menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.
Apakah Bantuan Khas C0VID19 (BKC)?
Bantuan Khas C0vid 19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beb4n rakyat akibat pandemik C0VID 19 sehingga akhir tahun 2021.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM 500 pada bulan Ogos, RM 500 pada bulan November, dan RM 300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori m.iskin tegar akan menerima b.antuan sebanyak RM 200 ringgit pada bulan Ogos dan RM 300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima b.antuan sebanyak RM 500 pada Ogos dan RM 300 pada Disember.
Manakala golongan bujang B40 akan menerima b.antuan sebanyak RM 200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM 250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM 100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Soalan Lazim
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM 500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM 500 juta.
Bayaran Tambahan RM1,000 GKP
Pelaksanaan Gerak Khas Prihatin (GKP) terbukti telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil.
Terutamanya bagi mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Justeru itu, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan, peniaga telah menerima RM1,000 pada dua minggu lalu.
Dan akan menerima baki RM5,00 bermula Julai depan.
Manakala, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah bersetuju ntuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak sebanyak RM1,000.
Namun, permohonan ini akan dibuka kepada peniaga yang belum pernah menerima bantuan ini.
Kadar bayaran GKP 4.0
Penerima yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima lagi tambahan bayaran bantuan dam GKP 4.0 sebanyak ;
RM 1,000
Tarikh bayaran GKP 4.0
Bayaran akan dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa seperti berikut;
Fasa Pertama – RM500 (bayaran dibuat pada September 2021)
Fasa Kedua – RM500 (bayaran dibuat pada November 2021)
kerajaan telah menyediakan bayaran sebanyak RM1,000
Permohonan GKP 4.0
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, permohonan akan mula dibuka pada;
Tarikh permohonan bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021
Justeru itu, kerajaan berharap dengan bantuan GKP 4.0 ini, seramai 1 juta usahawan PKS mikro.
Terutamanya peniaga kedai gunting rambut, pemilik bengkel, kedai roti, pusat penjagaan kesihatan, dan banyak lagi perniagaan mikro mampu untuk meringankan beban tanggungan bulanan mereka.
Tengku Zafrul Umum Pembayaran BPR
Sebelum itu, Tengku Zafrul telah mengumumkan PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) TAMBAHAN BERNILAI RM2.1 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 30 JUN 2021 (RABU).⠀⠀
Kerajaan Akan Masukkan Bayaran Tambahan RM1K Untuk Semua Rakyat yg Layak, Permohonan Mula Dibuka EsokKerajaan Akan Masukkan Bayaran Tambahan RM1K Untuk Semua Rakyat yg Layak, Permohonan Mula Dibuka EsokKerajaan Akan Masukkan Bayaran Tambahan RM1K Untuk Semua Rakyat yg Layak, Permohonan Mula Dibuka Esok⠀
Di bawah PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan BPR Tambahan bagi tujuan membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan pembayaran BPR Tambahan akan bermula pada 30 Jun 2021 secara berperingkat.⠀
Secara keseluruhan, sejumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR.
Di mana Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan telah dan sedang disalurkan kepada hampir 8.4 juta rakyat.
Ini dengan jumlah peruntukan RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Rakyat.
Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.⠀
Kementerian Kewangan sedang perincikan bantuan lain – Tengku Zafrul.
Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan lain-lain bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini dengan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion dari Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan semasa PPN masih dalam proses perincian dan kajian yang lebih lanjut mengenai langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan.
Ini untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan yang akan datang.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).
Ia telah diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Tidak terpisah, saling melengkapi dan semuanya dijalankan berterusan; inilah inti pati bantuan yang telah dilaksanakan, dan yang sedang dirancang di bawah PPN.
“PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau petunjuk utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya.
Ini bermakna, sekiranya nilai ambang yang ditetapkan tidak dicapai, negara tidak akan bergerak ke fasa berikutnya di dalam PPN,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-58.
PPN diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021, dengan petunjuk utama dipantau ialah bilangan kes jangkitan harian.
Keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan tahap populasi yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga melindungi individu yang hilang pekerjaan daripada semua golongan.
Dan juga mereka yang terjejas di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Fasa 1, 2 dan 3.
Beliau menjelaskan, sebagai satu bentuk perlindungan daripada masalah kewangan dan aliran tunai.
Mereka juga boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
“Kementerian Kewangan telah menekankan kepada sektor perbankan supaya mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium.
Dan pengurangan ansuran pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan pendapatan,” katanya.
Sumber Xtra/bharian