“Kerabat mana tu? Sebelum kahwin dulu pun, macam-macam cerita keluar.
Itu respons penyanyi dan pelakon, Diana Danielle menolak dakwaan kononnya sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu dalam kalangan ‘kerabat’.
Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kisah cinta dengan kerabat sebenarnya tidak asing lagi dalam hidupnya. Bagi menenangkan fikiran, dia hanya mahu berseronok dengan segala andaian khalayak.
“Jadi saya hanya berseronok dengan perkara (andaian) itu,†ujarnya.
Baru dua minggu berstatus ibu tunggal, Diana juga sudah tidak dapat lari daripada persoalan tentang mencari pengganti mengisi hidup selepas sah bercerai dengan pelakon Farid Kamil, dua minggu lalu.
Enggan mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, itu bimbang persoalan sama akan berterusan menjadi perbincangan ramai.
Kata Diana Danielle selepas pelancaran single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur turut memohon maaf sekiranya terdapat tindakan atau aktiviti sehariannya melanggar batasan sebagai wanita yang sedang menjalani tempoh idah.
“Bukan selalu kita lalui benda ini, ini kali pertama bagi saya.
“Mungkin saya ada tersilap langkah, jadi saya minta maaf dan adakalanya tidak sedar perkara tersebut sensitif pada segelintir orang.
“Saya ambil secara positif semua nasihat dan perbaiki,†katanya lagi.
Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.