Budiey nak ucapkan tahniah buat filem Sejoli yang telah membolot 6 anugerah di Anugerah Lawak Warna 2014 pada malam tadi. Ya, Sejoli menang besar. Begitu juga dengan drama Bila Joyah Dah Goyah yang mengungguli Anugerah Lawak Warna yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan bagi memartabatkan pelawak di Teater Selangor, Shah Alam.
Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).
Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.
Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan.
Sementara itu, pelakon Jepp (Sepahtu) meraih trofi Artis Lawak Lelaki Popular dan Sharifah Sakinah menang Artis Lawak Wanita Popular.
Sebanyak 21 kategori dipertandingkan di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.
Anugerah Lawak Warna dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori masing-masing:
KATEGORI FILEM
FILEM KOMEDI TERBAIK: Sejoli (PrimeWorks Studio)
PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM): Bront Palarae (Sejoli)
PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM): Maya Karin (Sejoli)
LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM): Sejoli (Osman Ali)
SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM: Sejoli
PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM): Sejoli – Osman Ali
KATEGORI DRAMA
PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV): Kazar Saisi (Bila Joyah Dah Goyah)
PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI): Oh My English – April Fool (Red Communication)
SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI): Karoot Komedia Raya
RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI): Bila Joyah Dah Goyah
LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV): Jamal Khan – Bini Aku Hantu Langsuir
SKRIP KOMEDI TV TERBAIK: Bila Joyah Dah Goyah
PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV): Nazir Jamaluddin – Bila Joyah Dah Goyah
KATEGORI POPULARARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR: Jepp (Sepah)
ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR: Sharifah Sakinah
SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
ANUGERAH KHAS JURI* Hamid Gurkha: Datuk Jamali Shadat* Senario