Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Tempat Pertama: Ayai Ilusi
Tempat Kedua: Haleeda
Tempat Ketiga: Mamat Exists
Tempat Ke-4: Rahmad Mega
Tempat Ke-5: Ifa Raziah
Tempat Ke-6: Fazli Zainal
Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.
Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat ketiga, menerima wang tunai RM15,000.
Penyanyi Rahmad pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang RM5,000. Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) menerima wang tunai RM5,000.
Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.
Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.
Sepanjang tujuh minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terlibat dengan pertandingan itu ialah menyertai pertandingan tersebut iaitu Hasnol, Sam (Innuendo), Shima, Sharifah Zarina, Nadia dan Adilla.
Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor. Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.
Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Program tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.