[dropcap]S[/dropcap]elama dua hari berturut-turut, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bergegar meletop dengan dentuman dahsyat gara-gara letupan berapi dari artis K-Pop di Golden Disk Awards ke-27. Dalam pada Budiey sibuk bertwitter pasal GDA ni, masih ramai lagi yang tak tahu apa itu GDA. GDA ni lebih kurang macam anugerah AIM gak la, ia mengiktiraf semua pemuzik dan penggiat seni muzik Korea. Walaupun takde la nak sampai tahap Anugerah Grammy, tapi GDA dilihat sebagai anugerah yang gempak kerana menerima tontonan yang tinggi di seluruh dunia. Malangnya, GDA tak disiarkan secara langsung tapi disiarkan secara broadcast hari Sabtu lalu.
[pullquote align=”right”]Peminat K-Pop pastinya berbangga kerana Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang pertama menerima kunjungan GDA sebagai tuan rumah.[/pullquote]
Budiey turut berada di sana untuk menyaksikan bahang sebenarnya di depan mata, apa yang mereka namakan demam K-Pop ini. Walaupun tak dapat pass media, namun Budiey diberi peluang oleh aiskrim Cornetto yang bermurah hati untuk memberikan dua keping pass VIP kepada Budiey. Terima kasih banyak-banyak. Budiey suka makan aiskrim Cornetto! Artis yang bertanding ini dinilai berdasarkan pada album yang dipasarkan selepas Disember 2011. Kriteria lain termasuk album dan lagu yang dikeluarkan atau dijual antara Januari 2012 dan Disember 2012. Sistem penjurian adalah berdasarkan jumlah penjualan album, lagu dan undian juri.
Kira-kira 25 artis K-Pop telah buat persembahan di acara yang mendapat jolokan Anugerah Grammy versi Korea itu dan telah menarik peminat dari seluruh negara untuk tertumpu di Malaysia. Budiey dengar lebih 15,000 tiket habis dijual. Aura artis K-Pop memang sangat kuat dan rata-rata yang datang Budiey perhatikan adalah anak gadis remaja dari pelbagai kaum. Majoritinya ramai Melayu dan Cina. Demam K-Pop GDA ni bermula semasa artis ini mendarat di KLIA lagi di mana peminat sanggup menanti di sana sehari sebelum acara bermula.
Pada hari pertama, grup yang paling banyak menerima tepukan gemuruh, kumpulan Super Junior menguasai pentas. Kalau tahun lepas, Suju dapat menang empat trofi, tapi kali ini nama Super Junior naik mengungguli anugerah utama kategori album iaitu Album Terbaik, Anugerah Penjualan Album dan Anugerah MSN Asia Tenggara. Syabas Suju! Budiey lihat ramai yang histeria dirasuk oleh persembahan Suju yang gempak.
Anugerah GDA menggunakan sepenuhnya bahasa Korea, jadi Budiey yang tak reti cakap Korea ni memang ternganga macam berada di Korea pulak rasanya.
Persembahan malam pertama dibuka dengan persembahan pengacara iaitu Yong Hwa dari kumpulan CNBlue dan Nicole KARA. Mereka nyanyi lagu Payphone, nyanyian asal oleh Maroon 5 dan Sexy Love (Ne-Yo).
Pada hari kedua, pengacara bertukar ganti kepada Lee Hongki (vokalis FT Island) dan Dasom (SISTAR). Mereka membuka pentas dengan persembahan lagu Way Back Into Love.
Walaupun berbahasa Korea, artis tak kurang mengusik penonton dengan beberapa patah kata bahasa Melayu seperti, Selamat Malam, Apa Khabar, saya cinta kamu semua dan terima kasih Malaysia.
Budiey dikhabarkan, kos untuk pentas sahaja makan lebih RM4 juta. Betul ke tak, Budiey tak pasti. Tapi melihat sendiri pentas GDA yang gempak dengan pencahayaan dan skrin LED itu, buat Budiey melopong. Gempak giler. Pentas yang gah ini memang agak besar dan skrin layar belakangnya pun sangat besar. Diperhebatkan lagi dengan persembahan malam pertama oleh Beast, 4Minute, EXO, Juniel, BTOB, B1A4, CNBlue, FT Island, KARA, Super Junior dan Shinee.
Pada sebelah malam kedua, GDA dihangatkan dengan persembahan mantap dari penyanyi solo seperti Ailee dan Lee Hi yang memenangi Artis Baru Terbaik. Kumpulan yang terdiri dari wanita cantik seperti T-ARA, Miss A, Secret, f(x) dan Sistar. Selain artis solo seperti K Will dan Heo Gak, G-Dragon yang mewakili kumpulan BigBang turut menjadikan penonton lebih histeria.
GDA dibawakan oleh Samsung Malaysia Electronics dan diusahakan bersama dengan beberapa rakan penaja yang lain.
Artis yang datang sudah tentu dikawal begitu ketat memandangkan peminat yang hadir berpusu-pusu datang. Hanya pemegang tiket VIP sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat karpet merah diadakan yang bermula jam 5 petang. Kawalan ketat juga dikatakan menjadi sebab mengapa para media sukar untuk menemubual artis.
KEPUTUSAN HARI PERTAMA: KATEGORI ALBUM
Album Terbaik – ALBUM OF THE YEAR
Sexy, Free and Single by SUPER JUNIOR
Anugerah Penjualan Album: GOLDEN DISK AWARD ALBUM DIVISION
- INFINITE (Infinitize)
- B1A4 (The B1A4)
- CN Blue (Ear Fun)
- 4Minute (Volume Up)
- BEAST (Midnight Sun)
- KARA (Pandora)
- Super Junior (Sexy, Free and Single)
- SHINee (Sherlock)
Bintang Baru K-Pop – NEW RISING K-POP STAR
EXO-K dan Juniel
Anugerah MSN Asia Tenggara – MSN SOUTHEAST ASIA AWARD
Super Junior
Artis Terbaik JTBC – JTBC BEST ARTISTE
BEAST
Artis Kegemaran Malaysia – MALAYSIA’S MOST FAVORITE
CN Blue dan KARA
Bintang Generasi Masa Depan – NEXT GENERATION STAR
BTOB
Bintang Paling Popular – MOST POPULAR STAR
SHINee
Penerbit Terbaik – PRODUCER OF THE YEAR
Han Seong Ho dari FNC Entertainment
Persembahan Tarian Terbaik – BEST DANCE PERFORMANCE
Trouble Maker
Persembahan Kumpulan Terbaik – BEST GROUP PERFORMANCE
INFINITE
KEPUTUSAN HARI KEDUA: KATEGORI LAGU
Anugerah Lagu Terbaik:
Oppa Gangnam Style (Psy)
Anugerah Penjualan Lagu:
- G-Dragon
- Psy
- Sistar
- 2NE1
- Heo Gak
- T-ara
- Miss A
- f(x)
- Big Bang
- K Will
- Secret
Bintang Baru Kpop:
- BAP
- Lee Hi
- Ailee
Album Single Terbaik:
Teen Top
Bintang Hip Hop Terbaik:
Epik High
Anugerah Antarabangsa MSN:
Big Bang
Anugerah Bintang Galaxy:
Sistar
Anugerah Populariti CeCi:
G-Dragon
Anugerah Fesyen Instyle:
Hongki dari FT Island