in ,

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-26

Malam ini (jam 9 malam, 29 Januari 2012) adalah malam pertembungan antara 12 finalis #AJL26 yang akan mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil yang membawa yang unik iaitu air! Tema Air dipilih bukan kerana tahun ini Tahun Naga Air ya! Hehe, tapi sememangnya kali ini membawa satu konsep yang unik dan ia satu simbolik kepada aliran muzik di negara kita. Ia melambangkan arus pembangunan dan prestasi industri muzik tempatan. Ia juga satu penyatuan irama dan lagu yang mana mungkin akan berpisah.

Budiey harapkan apa juga keputusan yang dibuat oleh juri dapat diterim ramai. Pastinya, senarai juri yang diketuai oleh komposer Azmeer kali ini mempunyai alasan tersendiri untuk mengangkat karya sebagai juara. Semoga tragedi pemenang di’boo’ pada tahun lepas tidak berulang kembali. Justeru, banyak dakwaan dan tohmahan dilemparkan kepada pihak juri tahun lepas menjadikan sistem kehakiman AJL diragui kredibiliti penjuriaan. Harap sangat ia tak berlaku dan juara diserahkan kepada lagu-lagu yang mempunyai aura juara dengan kualiti komposisi lagu yang tiada bandingan.

Anugerah Juara Lagu

Semakin hampir semakin berdebar. Nantikan di kaca TV3 pada jam 9 malam ini. Sebanyak 15,000 tiket diedarkan oleh TV3, walhal hanya 10,000 saja tempat duduk. Jadi, pastinya Stadium Putra akan bergegar pada malam ini. Budiey tertunggu-tunggu berapakah jumlah penonton AJL pada tahun ini. Adakah dapat menewaskan 5 juta penonton menyaksikan AJL24 yang menjadikan rekod jumlah penonton tertinggi setakat ini. Tahun 1994, Juara Lagu diadakan di Dewan Merdeka PWTC hanya kapasiti 2000 org. Kini di Stadium Putra 20000 tiket diedarkan namun masih tak mencukupi. Tahun ini, ramai sekali yang minta tiket dari Budiey. Mungkin ramai yang teruja dengan finalis dan semua lagu hebat yang dipertandingkan.

Tahun ini, Yuna dikatakan antara artis yang akan ke pentas sebagai juara. Ini mungkin pencapaian beliau yang pernah menggondol Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 dan Yuna memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik (Wanita) dan Anugerah Kembara di AIM18.

Namun, tidak sekali dilupa bahawa saingan Yuna adalah dengan ciptaan terbaik dari Dato’ M. Nasir dan Budi Hikayat untuk Awan Nano. Serta Beribu Sesalan dan Sedetik Lebih juga ada keberangkalian akan diangkat menjadi juara. Banyak kemungkinan akan berlaku. Terserah pada juri.

Budiey akan bertemu dengan 10 orang pembaca yang akan menerima tiket AJL26 mereka pada malam ini.

AJL 26

Updated: 30 Januari 2012 – jam 2.15 pagi
M. Nasir, Budi Hikayat & Hafiz Juara AJL26, Julang 2 trofi, Bolot 2 Anugerah, Bawa Pulang RM45,000. Terbaek!

Budiey nak ucapkan jutaan tahniah untuk Lagu Awan Nano kerana telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26. Satu sejarah lagi telah tercatit di mana akhirnya Hafiz, si pembaca lagu ini telah berjaya maju ke depan dengan menyuntik vokal cemerlang untuk Awan Nano. Sekaligus membawa pulang kemenangan Vokal Terbaik AJL26. Budiey kira ini satu pencapaian terbesar pernah dicipta oleh Hafiz.

Ternyata usaha Hafiz menajamkan vokalnya selama sebulan setengah dengan pertolongan guru-guru vokal yang semuanya handal-handal belaka itu tidak sia-sia sehingga melayakkan Awan Nano membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000. Nak buat apa la dengan duit sebanyak itu? Hafiz kata, dia nak simpan duit tu dan bahagikan juga kepada orang-orang terlibat sebab duit kemenangan itu bukannya duit dia seorang. Hafiz masih merahsiakan perancangan masa depannya dan apa yang mahu dibuat dengan duit kemenangan itu.

VIDEO: Komen Hafiz Awan Nano Menang AJL26

Komen 3 Suara Beribu Sesalan Menang Tempat Ke-2 AJL26

Komen Faizal Tahir KARMA Menang Tempat Ke 3 AJL26

Komen Alyah Menang Persembahan Terbaik di AJL26

Komen Penonton Anugerah Juara Lagu 26

Sidang Media :

Ini membuktikan juga ramalan Budiey untuk Awan Nano memang tepat. Realitinya Awan Nano ini telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor). Semuanya lagu yang dahsyat jugak ya. Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna). Bukan calang-calang jugak.

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Tahniah juga Budiey ucapkan untuk pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Semasa sidang media, Budiey lihat Alyah mengalirkan air mata kerana begitu terharu dengan kejayaan yang pertama kali dalam sejarah AJL26. Walaupun tak berjaya membawa pulang trofi juara atau tempat ke dua dan ketiga, sekurang-kurangnya nama Alyah terselit dalam senarai pemenang persembahan terbaik. Konsep music box set benar-benar sesuai dengan gaya lagu dan jalan cerita yang ringkas di mana pada akhirannya dia bertemu semula dengan buah hati pengarang jantungnya iaitu Remy Ishak. Amboih, kalaulah Tiz Zaqyah tengok mahu makan hati sebab Alyah lentok je atas bahu Remy Ishak. Budiey sendiri dapat rasakan penonton yang memenuhi stadium bersorak dan bertepuk tangan atas persembahan cemerlang dari Alyah. Budiey rasa bukan sahaja cemerlang dari persembahan, Alyah juga cemerlang untuk gaya vokal yang memukau. Mungkin bukan rezeki Alyah kerana vokal Hafiz begitu tajam dan sangat dinamik.

Hadiah trofi dan wang tunai pada malam tadi disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah Juara Mobile bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

AJL26 dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

Bangun pagi ini, Budiey masih lagi rasa geram dengan celcom broadband yang menggagalkan Budiay buat live tweeting & blogging di AJL26 semalam sedangkan Celcom adalah penaja utama. Argh stress betul. Jadi, sekarang Budiey nak upload gambar-gambar red carpet di AJL26. So stay tuned orait? 🙂

GILIRAN LAGU YANG BERTANDING DI AJL26:

  1. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  2. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  3. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  4. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  5. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  6. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  8. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  9. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  12. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 26
Juara AJL26: Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat) membawa pulang trofi dan wang tunai RM36,000

Naib Juara AJL26: Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta) membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000

Tempat Ketiga: Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik: Hafiz – Awan Nano membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000

Vokal Terbaik: Alyah – Kisah Hati membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000

Anugerah Juara Mobile Celcom: Sedetik Lebih – Anuar Zain

AJL 26

Senyuman Sang Juara

AJL 26

Tahniah 3 Suara. Vokal mantap Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor bergabung memukau audien.

AJL 26

Tahniah Alyah. Persembahan yang ada story line. Ringkas tapi meruntun rasa, menyentuh di jiwa.

Faizal Tahir

Kekuatan vokal & gimik piano terbakar menjadi taruhan utama Faizal Tahir – Karma

AJL 26

Persembahan dari Najwa Latif

AJL 26

Terbaik! 3 Suara! Serba ungu. I like!

AJL 26

Keupayaan Hafiz membawa Awan Nano memukau hati juri. Usaha Hafiz belajar vokal berbaloi.

AJL 26

Komposisi cemerlang Datuk M.Nasir tidak perlu dipertikaikan.

AJL 26

Yeay saya menang!

AJL 26

Penuh penghayatan dan penjiwaan dari Hafiz

AJL 26

Santai dan rileks dari Yuna

AJL 26

Persembahan bersahaja dan gimik lukisan pasir yang unik dari Aizat

AJL 26

Amboi ALyah, lentok habis eh?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fizo di Karnival Karangkraf 2012

Gambar Fouziah Gous & Iqram Dinzly di AJL26