Tahniah buat 3 pencipta lagu dan lirisis untuk 3 buah lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu 22. Tiga buah lagu tersebut adalah Samudera, dendangan Nora ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, Kasihnya Balkis nyanyian Aishah ciptaan oleh Adnan Abu Hassan serta lirik oleh Moharis Yaakup, dan Dirgahayu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Hairul Anuar Haron yang dipersembahkan oleh Ramlah Ram.
Ironinya, 3 buah lagu yang berjaya dinyanyikan oleh 3 orang diva yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan ini. Tahniah dan selamat berjaya buat Aishah, Nora dan Ramlah Ram. Apakah penyanyi lama yang mengambil bahagian untuk katergori pop rock dan balada juga akan terpilih? Yang penting, ini bukan pertandingan untuk penyanyi. Seharusnya kita perlu melihat pada kekuatan lagu dan kreativiti seni lirik itu sendiri.
Kepada lagu-lagu yang tidak berjaya… korang semua sudah melakukan persembahan sebaik mungkin. Lagu Joget Cinta Sakti nyanyian Rosma dan Haziq, Nazam Asmara (Nas Adila), Seteguh Cinta (Waheeda), Lagu Penglipurlara (Farawahida), Suryakanta (Zehra Zambri), Joget Gadis Melayu (Syura) dan Istimewa Tiada Dua (Nice dan Hazami) sebenarnya power-power juga.
Mengapa hanya 3 buah lagu sahaja yang terpilih untuk kategori ini sedangkan untuk kategori lain sebanyak lima buah lagu akan diusung ke final? Ini kerana jumlah pencalonan lagu yang amat rendah di dalam kategori ini. Kita tunggu pusingan separuh akhir kategori Balada dan Pop Rock yang akan diadakan pada minggu seterusnya pada hari Ahad jam 9 malam di TV3.
[tags]c[/tags]