in ,

Kelainan Program 1,2…BAKAR! di TV3 Yang Harus Anda Tahu

Umum mengetahui bahawa Anis Nabilah ialah seorang chef yang petah bercakap dan lincah di dapur. Minat Anis yang mendalam dalam bidang kulinari sejak usia muda telah mendorongnya untuk memulakan kerjaya sebagai seorang chef malahan kini dia sudah dikenali ramai menerusi program Icip Icip, Mencari Resepi Temurun dan Selera.

Istimewa menerusi program terbaharu TV3, ‘1,2…Bakar!’, Anis Nabilah sanggup mempertaruhkan statusnya sebagai chef profesional apabila dicabar oleh seorang makcik yang juga tidak kurang hebatnya di dapur. Siapakah gerangan orang itu?

Program 1,2…BAKAR!

Kepakaran Anis Nabilah Memasak Dicabar Makcik?

[dropcap]B[/dropcap]ukan calang-calang orangnya, Mama Om atapun nama sebenar beliau, Norrizan Alisa ialah seorang wanita yang gemar menghabiskan masa di dapur. Bermula dengan mengambil pesanan daripada rakan-rakan dan saudara mara sebagai pendapatan sampingan, kini Mama Om sudah mula menjalankan perniagaan bakerinya sendiri – Norizan Bakers. Malahan, Mama Om juga pernah dicalonkan di Anugerah Wanita Cemerlang pada tahun 2014.

Anis Nabilah VS Mama Om… Dua individu yang berbeza umur, berlainan pendapat dan pengalaman dipertemukan di program ‘1,2…Bakar!’ yang akan mula bersiaran pada 12 April, setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3. Pada setiap episod, Anis Nabilah dan Mama Om perlu bertanding di dapur untuk menyediakan makanan berasaskan bakar seperti kek, pastri, manisan serta makanan savuri (savoury).

Lebih menarik, Anis dan Mama Om juga dikehendaki menyediakan juadah berdasarkan tema yang berbeza pada setiap minggu. Mereka berdua akan diberikan tugasan istimewa untuk menguji kebolehan mereka di dapur. Suasana menjadi lebih meriah dengan tetamu jemputan yang akan memberikan kejutan ataupun mengajukan permintaan khas kepada Anis dan Mama Om.

Para penonton akan mengenali siapakah Mama Om pada episod pertama. Apakah kelebihan Mama Om dalam menyediakan juadah istimewa seperti Cottage Pie, Krim Puff dan Puding Roti? Bagaimanakah dua generasi ini mencipta keserasian di dapur?

Salah satu episod membawakan tema ‘Lunch – To –Go’ pula memaparkan permintaan Ezzaty Abdullah yang menghubungi Anis untuk menyediakannya juadah tengah hari. Jadi, Anis dan Mama Om akan menyediakan Salmon Herba & Lemon, vegetarian mini pizza dan biskut Rasberi Oatmeal untuk Ezzaty yang tergesa-gesa ke lokasi penggambaran.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Anis Nabilah dan Mama Om di dapur menerusi program ‘1,2…Bakar! ’, bermula 12 April, pada setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3. Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Program 1,2…BAKAR!

Program 1,2…BAKAR!

Program 1,2…BAKAR!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang TIket Konsert Selena Gomez di Malaysia

Tiga Perkara Yang Berubah Selepas Haiza Hanafi di Konti KOOL FM