Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pelawak yang ditahan kerana didakwa terlibat dalam satu kes pemerdagangan manusia dan telah dibebaskan atas jaminan polis selasa lalu.
Hal ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah pelawak tersebut sehingga wujud segelintir warganet yang membuat spekulasi sendiri dengan menyebut nama-nama pelawak lain.
Namun semalam, tiada angin tiada ribut secara tiba-tiba seorang pelawak yang turut disebut namanya berkaitan isu ini mengaku tentang hal tersebut.
Pelawak berusia 45 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, petang Sabtu.
Tauke jambu atau nama sebenarnya, Zamatul Amri bin Zakaria telah memuat naik satu instastory menerusi laman sosial instagramnya mengakui hal tersebut.
Namun pada masa yang sama, Tauke menegaskan bahawa dia tidak terlibat dalam dalam menjadi ‘bapa ayam’ ataupun penghantar kepada pekerja seks terbabit. Beliau hanya disiasat oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,”
– Tauke Jambu
Terdahulu, pelawak itu menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.
Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.