BEKAS pelakon, Wardina Safiyyah menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara berkongsi pandangan tidak berasas mengenai situasi politik di media sosial miliknya, baru-baru ini.
Memetik beberapa sumber, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih dan meluat terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang bermain sentimen agama serta kaum sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.
“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.
“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya menerusi entri di Facebook miliknya.
Tidak terhenti disitu, wanita itu turut memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia mengenai bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.
“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam.
“Saya tidak percaya mereka jahat seperti mana saya agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?” ujarnya lagi.
Pandangan lantang secara terbuka Wardina yang tidak berasas itu dilihat telah menarik perhatian dan menimbulkan kritikan hebat daripada banyak pihak yang tidak senada dengan pelakon sitkom Spanar Jaya itu.
Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang berhubung pendapat Wardina malah yakin bahawa blok pembangkang berkenaan bukan parti yang memperjuangkan agama Islam secara telus.
Pun begitu, difahamkan kemaskini status tersebut sudah ditarik balik daripada akaun Facebook miliknya.
Rasanya, tak perlulah terlalu lantang membincangkan perihal yang ‘tergapai’ oleh cara pemikiran. Mungkinkah Wardina wanita yang bijak tapi sebenarnya masih lagi naif?