in ,

Kenapa Tak Tegur Bila PM Pakai Batik Keluaran Tempatan?

Kecoh isu Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengenakan sehelai pakaian mewah dengan harga mencecah RM7,000.

Hal ini menyebabkan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda sekarang.

Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen yang menyarankan PM sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

Isu tersebut telah menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.

Tonton TikTok mamact: https://vt.tiktok.com/ZSdKhuQUP/?k=1

Sebaliknya beliau seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan.

MAMACT

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.

“Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” pintas pengasas Raifili itu.

Menurut Siti Fitryah lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Dato Sri Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden.

Kenapa Tak Tegur Bila PM Pakai Batik Keluaran Tempatan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bersama pengasas raifili batik Siti Fitryah Harun

Malah mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.

“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia

MAMACT
Pengasas jenama Raifili Batik, Siti Fitryah Harun

“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang https://1jutabatikpercuma.raifili.com. Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan. Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh 2022 Putrajaya Disambut Meriah Lebih 300,000 Pengunjung 

Sinopsis Filem 7 MINGGU SEBELUM KAHWIN Lakonan Nora Danish & MK