Pelakon ini juga menafikan dakwaan insiden anak perempuannya, Aurora memetik cili di rumah jiran menjadi punca dia memohon cerai.
Dalam hantaran terbaru, Diana mendakwa dah empat bulan Farid Kamil tak membayar nafkah. Malah, ibadah umrah mereka sekeluarga pada Februari lalu ditanggung Diana sepenuhnya.
Kongsinya, suami ada berkata akan bayar untuk kos penerbangan dan penginapan tetapi sayangnya sampai ke hari ini ianya sekadar kata-kata.
Tak cukup di situ, pelakon filem Imaginur ini berkata Farid Kamil mula menengking anak pada malam sebelum insiden petik cili disebabkan hal remeh.
Pada pagi hari, Farid masih menengking anak dan menengking dirinya pada waktu tengah hari sebab tak jumpa seluar yang dicari. Pada sebelah petangnya pula, Aurora ditengking lagi kerana memetik cili di rumah jiran.
Diana berkata, Aurora dipaksa duduk dalam bilik pada malamnya kerana Farid mahu sambung ‘ajar’ anak. Bila Diana periksa, dia melihat Aurora tidur di atas lantai depan pintu bilik tandas berlapikkan sejadah.
Berasa sedih melihat keadaan anak, Diana cuba mengambil anak untuk tidur bersamanya di bilik tetapi dihalang Farid Kamil. Dakwanya, Farid mengugut akan pukul anak pada esok harinya pula.
Diana turut mempersoalkan jika benar Farid sayangkan anak, mengapa Farid mahu membuang bin dan binti anak-anaknya.