Apabila menyebut tentang drama Cinta Sekali Lagi, pasti ada penonton yang berasa sakit hati menonton drama lakonan pelakon Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha ini kan?
Drama yang berkisar tentang konflik rumah tangga akibat rasa cemburu sehingga sanggup menduakan Tuhan itu berjaya mendapat tempat di hati penonton kerana ia juga terjadi dalam dunia realiti.
Menariknya, dalam episod 25 terdapat satu babak yang membuatkan penonton ‘sentap’ dan majoriti menganggapnya sebagai satu teguran yang tepat kepada penonton beragama Islam.
Aku tanya kau sikit boleh? Kenapa kau tak pakai tudung. Perempuan Islam kan wajib tutup aurat,”
– soal Arash Mohamad (bapa) kepada Nelydia Senrose (anak).
Bagi segelintir netizen, teguran itu adalah sesuatu yang biasa diberikan bapa kepada anaknya dan ia turut berlaku dalam dunia sebenar.
Ramai penonton mengucapkan tahniah kepada penulis skrip kerana telah berjaya menghasilkan babak yang cukup terkesan dalam hati mereka. Semoga ramai yang menonton drama itu terbuka hati dan berusaha ke arah yang lebih baik.