in

Viu Terbitkan Filem Indonesia Pertamanya, KENAPA HARUS BULE

Viu Terbitkan Filem Indonesia Pertamanya, `Kenapa Harus Bule’

Kisah satira komik ini berkongsi mesej kuat untuk sentiasa menghargai dan menghormati diri sendiri. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 22 Mac 2018

Kenapa Harus Bule Poster

Viu hari ini mengumumkan penerbitan filem Viu di Indonesia, “Kenapa Harus Bule.” Dengan Putri Ayudya memegang watak utama sebagai Pipin, filem ini berlatarkan Bali dan merupakan satira komik mengenai pencarian “Bule,” yang menjadi tumpuan Pipin.

Myra Suraryo, Ketua Pemasaran dan Jualan Iklan Indonesia menjelaskan, “Viu berterusan melabur di dalam pelbagai format kandungan untuk menghasilkan filem tulen Indonesia yang menarik, sama ada berbentuk siri-siri episode atau filem. Menerusi kolaborasi kami dengan pengarah dan pasukan kreatif tempatan, kami menyediakan peluang, bimbingan mentor dan platform untuk mengenengahkan kreativiti mereka kepada audiens. Kami sangat teruja dengan Kenapa Harus Bule dan kami percaya mesej kuat filem ini akan dapat diserap oleh penonton.”

“Kenapa Harus Bule” adalah kolaborasi antara Viu dan Kalyana Shira Films & Good Sheep Productions. Ia diarahkan oleh Andri Cung dan diterbitkan oleh Nia Dinata. “Kenapa Harus Bule” adalah kisah unik mengenai bagaimana wanita moden Indonesia hari ini berupaya mengawal masa hadapannya, termasuk memilih pasangan hidup. Kisah ini dipaparkan dengan pintar, penuh dengan situasi kelakar dan akan menyebabkan audiens tidak kering gusi dan pada masa yang sama, memikirkan impak pilihan-pilihan yang mereka buat. Selain Putri Ayudya, barisan pelakon terkenal termasuk Cornelio Sunny, Michael Kho dan Natalius Chendana.

“Agak lama juga kali terakhir saya menonton filem yang memaparkan wanita moden sebagai watak utama yang pintar dan gigih, di sebalik cabaran yang dilaluinya di dalam kehidupan. Watak Pipin di sini juga sangat dekat di hati, hinggakan apabila Andri Cung menemui saya mengenai idea Kenapa Harus Bule, saya begitu teruja. Saya jemput Andri bertemu Viu untuk `menjual’ kisahnya. Kini ia menjadi sebuah filem!,’’ kata Nia Dinata, Produser filem “Kenapa Harus Bule.”

“Saya mahu membawa inspirasi kepada audiens. Filem ini mengisahkan pemerkasaan wanita dan rasa hormat diri yang saya harap dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita. Saya telah mengadunkan watak utama daripada seorang wanita sebenar yang telah saya kaji dengan teliti, supaya saya dapat merakam butiran-butiran halus yang akan membantu audiens mengenali Pipin. Saya berbangga dapat bekerja bersama Viu, rakan kongsi sempurna yang komited kepada penceritaan seperti saya,’’ kata Andri Cung, Pengarah filem.

“Kenapa Harus Bule” akan ditayangkan di pawagam bermula 22 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai “Kenapa Harus Bule” boleh didapati daripada platform media sosial Viu iaitu Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dan www.dramabanget.com.

****

Mengenai Viu
Viu merupakan peneraju perkhidmatan Video OTT oleh PCCW dan Vuclip yang boleh didapati di 15 pasaran termasuk Hong Kong, Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan negara-negara Timur Tengah seperti Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE. Penawaran nilai unik Viu iaitu program TV, filem dan filem tulen yang segar dan bersifat serantau dan premium tempatan, menghiburkan jutaan pengguna setiap hari. Perkhidmatannya boleh diakses menerusi app Viu secara percuma daripada App Store dan Google Play, pada peranti disambung internet seperti telefon pintar dan tablet, selain web di www.viu.com.

Vuclip
Vuclip adalah syarikat peneraju media global dipacu teknologi yang mempersembahkan hiburan atas permintaan ke pasaran baru muncul termasuk India, Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah. Sebagai satu daripada anggota PCCW Media Company, aset Vuclip merangkumi Viu, Vuclip Videos, Viu Life dan Vuclip Games. Kejayaan pasaran Vuclip di dalam hiburan atas permintaan dibina atas kepimpinannya pada persimpangan teknologi, penontonan pengguna dan media. Dikendalikan oleh pasukan berkelas dunia, Vuclip, Inc. Dan syarikat bersekutu beribu pejabat di Milpitas, California dan memiliki pejabat di Singapura, Kuala Lumpur, Mumbai, Delhi, Pune, Dubai dan Jakarta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Open Day Mini Showcase Dr. Irma Entertainment

Huawei Lancar HUAWEI P20 & HUAWEI P20 Pro