in

Kenapa Fahrin Ahmad Tiba-Tiba Rasa Cemburu?

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad mengakui dia menyimpan rasa cemburu dengan kawan-kawan dan adik beradiknya yang dah kahwin. Perasaan itu semakin terasa apabila mereka sekeluarga berkumupul beramai-ramai, misalnya ketika berbuka puasa di bulan Ramadan dan tak lama lagi kita akan sambut hari raya.

Fahrin Ahmad

“Dah 34 tahun saya beraya sebagai bujang, jadi dah biasa dah. Cuma tak dinafi perasaan cemburu tu ada, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan sebaya dan adik beradik dah ada famili sendiri. Tapi ia tak lah terau memberi tekanan pada saya.

“Saya pun tak lah terdesak sangat nak kahwin. Usaha tu memang kena ada lah. Sebenarnya dalam adik beradik, saya seorang saja yang tak kahwin lagi. Saya dah ada sembilan orang anak buah.”

Sementara itu pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini Fahrin berkata dia tetap sibuk dengan aktiviti seni. Cuma jadualnya tidak sepadat seperti mana bulan-bulan biasa. Masa-masa begini akan dimanfaatkan dengan pulang ke kampungnya di Skudai, Johor bagi sama-sama menjalani ibadah berpuasa dan berterawih bersama keluarga.

“Bulan puasa ni saya ambil peluang berehat. Sejak awal tahun ni jadual saya padat. Ini baru dapat berehat. Tapi ada juga penuhi undangan majlis berbuka puasa dan jemputan meraikan anak yatim.

“Kebiasaannya setiap kali bulan puasa sekurang-kurangnya sekali, kami adik beradik akan pulang ke kampung. Kami akan berpuasa dan berterawih sama-sama. Lagipun ayah dan ibu saya kurang sihat, jadi dalam bulan puasa ni saya memang bercadang nak balik selalu jeguk mereka.”

Terbaru juga, Budiey dapat tahu Fahrin Ahmad dilantik menjadi duta produk Ali Cafe. Tahniah Fahrin. Murah betul rezeki Fahrin. Semoga terus sukses ya. Cari jodoh cepat-cepat la, tak sabar nak tengok Fahrin kahwin ni.

Budiey ada juga bertanya kepada Fahrin Ahmad, apa tips berguna untuk peminat semasa berpuasa. Tonton video kat atas ni ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lana Nordin Nafi Dicekup Tak Puasa Main Mahjung

Betul Ke Adira Tempah Baju Nikah?