in

Kenapa Ashraf Muslim Letak Jawatan COO Pusat Rawatan Al-Hidayah?

[dropcap]K[/dropcap]isah rumah tangga pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim sehingga kini masih lagi menjadi ‘misteri’. Namun terbaru Ashraf dikhabarkan sudah meletakkan jawatan daripada menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, sejak 2 Jun lalu.

Selain itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman web Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf juga melepaskan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Persoalannya, mengapa tiba-tiba saja Ashraf melepaskan jawatan-jawatannya itu. Apakah ia ada kena mengena dengan isu rumah tangganya baru-baru ini? Atau mungkin dia mahu kembali menumpukan pada dunia lakonan? Atau mungkin dia beralih ke bidang lain.

Pada Mei lalu nama Ashraf menjadi perhatian apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada Ashraf berkenaan hal tersebut. Tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

letak jawatan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Raja Azmi Bercinta Pula Dengan Gitaris Popular?

Betul Ke Raja Azmi Ditipu Oleh Anak Ikan?