Debaran mula terasa! Setelah berbulan pencarian muka baru 8TV Quickie di lakukan, akhirnya wajah-wajah bakal pengacara baru 8TV Quickie di senarai pendek. Kini, muka baru Top 6 menjengah ruang udara stesen 8TV dan mereka bertarung untuk mendapat tempat ke peringkat seterusnya.
The 8TV Quickie, merupakan sebuah program bual bicara selama 15 minit yang membentangkan isu-isu, berita-berita terbaru dan terkini serta gosip-gosip hangat. Setalah lima tahun bersiaran, kini The 8TV Quickie mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan program mini realiti untuk mencari muka baru untuk diketengahkan sebagai hosnya melalui program yang dipanggil 8TV Quickie Search.
Beberapa sesi uji bakat bergerak telah pun dijalankan pada bulan Oktober lalu. Pasukan Quickie telah mengadakan sesi ujibakat bergerak ini ke beberapa kampus utama di sekitar Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan yang mana peserta yang hadir bukan sahaja di kalangan warga kampus malah orang luar turut menyertainya.
Melalui 6 siri ujibakat yang diadakan, 6 orang peserta berbakat telah disenarai pendek untuk pergi ke peringkat Top 6 yang mana 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan tealah dikenal pasti. Peserta-peserta Top 6 ini akan melalui beberapa proses latihan dan diberikan tugasan untuk dinilai sebelum diumumkan sebagai wajah baru 8TV Quickie.
Enam (6) peserta yang dipilih adalah Viknesh Chandra @ Vix (26 tahun), Jamie Roscom @ Jamie (24 tahun), Megan Tan Yue Mei @ Megan (21 tahun), Naqib Shamsuri @ Naqib (23 tahun), Samantha Ong Eu Min @ Sam (18 tahun) dan Mohamed Shakir Bin Iqbal Basheer @ Shakir (26 tahun).
Sebagai persediaan awal, peserta-peserta Top 6 akan mengikuti beberapa kelas yang disediakan untuk memperbaiki komunikasi dan memperbaiki imej masing-masing sebelum tugasan sebenar diberikan dan diadili. Kelas kemahiran ini di bimbing oleh beberapa selebriti popular tempatan.
Selepas sesi bimbingan ini, tibalah masa untuk Top 6 atau bakal hos baru anda ini menyerlahkan bakat sebenar mereka melalui beberapa siri ujian yang akan dijalankan. Ujian yang diberi merangkumi cabaran dan tugas yang dipertanggungjawabkan yang akan berlaku selama 6 minggu. Ini termasuk cabaran mengacara 8TV Quickie bersama hos utama secara langsung dan juga melaporkan situasi yang berlaku di majlis yang sedang berlangsung.
“Tahniah kepada semua peserta Top 6! Kerja keras dan usaha anda selama ini akhirnya berbaloi. Bagaimanapun, pengembaraan anda baru bermula. Anda harus membuktikan diri anda calon yang sesuai untuk menyertai pasukan 8TV Quickie,†kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar di 8TV.
“Di dalam pertandingan pencarian ini, pelbagai cabaran harus anda lalui. Hanya dengan mempunyai keazaman yang kuat sahaja anda mampu menangani semua tugas yang digalas dengan baik kerana setiap minggu peserta dikehendaki belajar benda yang baru seperti kemahiran pengacaraan yang betul dan tahu akan apa yang perlu untuk menjadi sebahagian dari keluarga 8TV Quickie.†tambah Kim.
Â
The 8TV Quickie Search tidak hanya memberi peluang kepada peserta-peserta baru berbakat untuk menyerlahkan bakat di kaca TV malah memberi peluang kepada anda sebagai penonton dirumah untuk memilih siapa di antara peserta Top 6 yang ingin anda lihat mengacara 8TV Quickie di masa depan!Â
Penonton mula berpeluang melihat latar belakang dan aksi Top 6 serta mengundi peserta kegemaran anda bermula 11 November 2009 menerusi stesen hip 8TV dan juga laman web utama 8TV. Dua pemenang akan dipilih sebagai pemenang dan kemenangan mereka akan ditentukan melalui 50% undian dari juri dan 50% undian dari laman web dan SMS.
Undian bermula pada 11 November 2009 dan ditutup pada 8 Januari 2010 jam 9.30malam.
Untuk membuat undian melalui SMS, apa yang anda perlu buat adalah dengan menaip QS <jarak >nama peserta dan hantar ke nombor 33399 melalui telefon genggam anda seperti berikut:
Jamie: QS<jarak>Jamie ke 33399
Megan: QS<jarak>Megan ke 33399
Samantha: QS<jarak>Sam ke 33399
Naqib: QS<jarak>Naqib ke 33399
Shakir: QS<jarak>Shakir ke 33399
Viknesh : QS<jarak>Vix ke 33399
Selain dari undian menerusi SMS, anda juga boleh mengundi melalui laman web utama dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my/quickie dan bukan setakat itu sahaja, anada juga berpeluang mengenali peserta dengan lebih dekat kerana apa jua maklumat dan gambar mereka boleh didapati di sana.
Pemenang-pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan pada 8 Januari 2010 bersempena ulangtahun 8TV yang ke-6.
Dua pemenang utama iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang dipilih bakal memenangi hadiah bernilai RM8,000 dari Nike dan Estee Launder. Empat peserta lagi akan menerima wang saguhati bernilai RM500.00. Mereka juga bakal menggapai impian menjadi salah pengacara 8TV.
Jadi apa tunggu lagi. Jangan lupa menyaksikan aksi peserta Top 6 dan jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan peserta Top 6 di 8TV Quickie bermula 16 November 2009 dan jadilah juri. Anda berhak menilai dan memilih!
8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro.
Kini, anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!