Diberi tajuk “Wild 24”, dokumentari ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 April ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1. Paparan permulaannya kenali habitat seharian pelbagai jenis haiwan dalam tempoh masa 24 jam di kawasan savana di benua Afrika, merupakan tempat hidup semulajadi (habitat) singa, gajah, zirafah, harimau bintang, badak air, monyet, kuda belang dan lain-lain. Turut dipaparkan bagaimana haiwan herbivor dan karnivor terperangkap dan berjuang untuk terus hidup.
Episod‘Chile’s Atacama Desert’’ berada di Gurun Atacama di Chile di tepi Pantai Pasifik. Burung merupakan kumpulan haiwan terbesar di Atacama seperti Penguin Humboldt dan Andean Flamingo. Oleh kerana keadaan ekstrem padang pasir, hanya beberapa spesies mamalia terdapat di Atacama seperti South American Gray Fox, Viscacha, Guanacos dan Vicunas. Di samping itu, Fur Seals dan Sea Lions sering berkumpul di sepanjang pantai.
Ikuti perkongsian jenis haiwan di hutan dan laut di Tasmania, Australia. Tasmanian Devil merupakan haiwan aneh yang paling terkenal di kawasan ini. Di samping itu terdapat juga wombats dan duck billed platypus yang terdapat di hutan Temperateini. Di tepi pantai pula, ada sea lions dan di dalam laut terdapat dolphins. Sementara itu, didasar laut pula terdapat sea dragons, sejenis haiwan laut yang unik. Ada juga 40 jenis kuda laut di dalam lautan berdekatan Tasmania.
Beberapa jenis haiwan didalam hutan di negara India dalam musim panas antaranya binatang unik di sini iaitu “One Horn Rhino” yang hanya terdapat di India dan Nepal. Ada juga harimau “Bengal”, singa “Adriatic” dan rusa “Chital”. Kebanyakan binatang liar di hutan ini berehat waktu siang dan memburu waktu malam terutamanya dalam musim panas apabila suhu terlalu tinggi di hutan Gir di Utara India. Di dalam hutan di selatan India, terdapat “Lion Tailed Macaques” jenis spesies monyet yang unik. Di samping itu, “Golden Jackals” dan “Tranvancore Tortoise” (spesies haiwan yang unik didalam hutan di selatan India).
Seterusnya singgah di hutan New Zealand dimonopoli pelbagai jenis burung, dan digelar “Land of Birds”. Burung Kiwi merupakan burung paling unik di negara ini. Di selatan New Zealand, terdapat “Penguins” dan “Gulls”. Di Bay Islands hidup ratusan “Seals” dan “Octopus”. Di Utara New Zealand melibatkan kawasan pergunungan sejuk terdapat “Alpine Parrot” dan “Kakapo Parrot”, spesies burung yang hanya terdapat di negara ini. “Great White Shark” di lautan New Zealand juga merupakan spesies “shark” yang unik di New Zealand.
Tajuk ‘Deadly Paradise’’ kisah haiwan di dalam hutan di Brazil. Di dalam hutan Amazon dan di dalam sungai di kawasan itu, terdapat pelbagai spesies binatang dan ikan. Antara spesies unik yang terdapat didalam sungai adalah aligator dan ikan besar. Di dalam hutan terdapat haiwan seperti “Puma”, “Otters”, dan “Ant Eater”. Di samping itu, terdapat juga “Sloth”, “Jaguar”, “Anaconda” dan juga pelbagai spesies burung juga helang yang terbesar dalam dunia.
Menarik dikongsikan habitat haiwan di dalam hutan di negara-negara berdekatan dengan garisan khatulistiwa iaitu Brazil, Equador, pulau Galapagus, Borneo, Sumatra, Gabon dan Kenya. Spesis haiwan seperti “Capibara”, “Anaconda”, “Beetles”, ikan “Arawana”, ikan “Tambaiki”, beruang “Spectacle”, ”Vicunia”, “Iguana”, “Macques”, harimau “Sumatra”, “Cheetah”, “Vultures” dan buaya.
Perkongsian di kawasan Utara Australia melibatkan musim hujan dan musim kemarau. Ada spesis unik “Red Kangaroo”, dan “Red Crab” di Christmas Island, “Kuola Bear” di hutan Eucalyptus), “Numbats” (banded anteater) dan burung “Ibis”. Di kawasan “Billabong” (kolam air), terdapat spesis unik ikan “Archer”, “Salt water crocodile”, “Monitor Lizard” dan “Magpie”. Di kawasan “rain forest”, pelbagai jenis haiwan seperti “carpet python”, “megabat” dan burung helang. Di kawasan “Great Barrier Reef” terdapat beraneka spesis haiwan seperti “Clown Fish”, “Cone Snail”, dan ular “Taipan”.
Spesis haiwan di kawasan lautan “South Seas” yang merangkumi kawasan Pasifik Selatan, Oceania, timur Australia dan Cina Selatan. Dalam pada itu, di kawasan Antartika, spesis haiwan yang terdapat di sini iaitu “Humpback Whales”, “Emperor Penguins”, dan “Leopard Seals”. Di pantai negara Chile, terdapat ratusan “Fur Seals” di South Seas. Di lautan Indonesia ada “Sharks”, “Lion Fish”, “Stone Fish”, “Peacock Manti Shrimp”,dan “Cuttle Fish”. Di pulau “Juan Fenandez” terdapat banyak “seals’ dan di Raine Island pula terdapat “Whales” dan penyu “Green Turtle” yang paling besar di dunia.
Ikuti banyak lagi spesis haiwan unik yang menarik untuk dikongsi dengan semua menerusi keseluruhan episod dokumentari ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.